Friday, September 11, 2009

PUASA OH PUASA ...!

Friday, August 28, 2009

(Di pindahkan dari blog "KomenSen" untuk berkampung di sini)

Katanya puasa
mengajar erti kesabaran
tapi bila cukup masa
masing-masing berkejar-kejaran
ingin berdahulu-dahuluan
bawa kereta ... sedikit pun tak peduli orang kiri kanan
lantaklah kalau ada yang tersasar ke tepi jalan
asalkan tujuan ku sampai tanpa sebarang halangan
macamlah dia seorang sahaja yang ada tujuan
orang lain tak apa tidur di tengah jalan.

Katanya puasa
mengajar erti kelaparan
tapi bila beli juadah berbuka
masya-Allah ... habis semua jari di tangan
itu pun masih belum berpuas hati
kalau boleh gerai-gerai sekali hendak dibeli
nasib baik puasa hanya di fardukan di siang hari
kalau tidak ... tak tahulah apa nak jadi!

Haha hihi haha hihi ….


Posted by al-lavendari at 9:05 AM 13 comments
Labels:

6 comments:

  1. aiman ... lama tak ada entri baru! ingatkan dah balik kg.

    ReplyDelete
  2. ragam puasa...kenikmatan akan dirasa...

    ReplyDelete
  3. katanyer puasa,
    nak kuruskan badan..
    tapi kenapa mase berbuka,
    semua ko telan...
    hingga tambah nasi berpinggan-pingan
    tanpa kisah orang kiri dan kanan..
    yang kebuluran tak makan....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kimisai

    t kasih kerana sudi melawat.

    atacha.

    lagi menyengat ... kita suka!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !