Monday, August 31, 2009

AWAK - 1


awak!
tak aci lah awak buat kita macam ni
awak datang meniup nafiri
dan kita pun mula lah menari-nari
tiba-tiba ...
awak berhenti, lari dan bersembunyi
kita pun tertanya-tertanya ... tercari-cari.

awakkkk ...!
tak aci lah awak buat kita macam ni
awak datang dan pergi
sesuka hati
awak buat hati kita ni
macam rumah sendiri
... sakit sungguh hati ini!

awak!
suatu hari nanti
kalau awak datang lagi
meniup nafiri
dan kita pula tidak mahu lagi menari ...
awak jangan kecil hati !


2 comments:

  1. adat manusia, bila diri disayangi, ego meninggi, n ta tao hargai... bila da pergi.. gelaran dato' pun raser na bagi...hurm..

    ReplyDelete
  2. T.kasih kerana singgah. Sinis komen sdr. tu!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !