(Di pindahkah dari blog "KomenSen" untuk berkampung di sini)
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Takutkan nyamuk masuk ke rumah
Pintu ditutup tingkap terbuka.
Ke teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah sahaja saya yang belum
Masuk internet semuanya terdedah
Penatlah sahaja menapis filem.
aiman balas ye encik
ReplyDeletekain orang suka dijaga
kain sendiri dibiar terdedah
adat manusia cepat terlupa
dah terhantuk baru terngadah
salah sendiri ditutup mata
buat orang rasa meluat
bukan salah kerajaan kita
diri sendiri sebenarnya tak kuat
hehehe salam ramadhan
rupanya sdr juga seorang pemantun yang baik!
ReplyDelete