Saturday, August 29, 2009

PINGGAN TAK RETAK -1


pinggan tak retak
nasi tak dingin
hidung penuh bedak
rumah tak der cermin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
muka macam budak
perangai macam jin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
bapa kuat borak
anak kuat main.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
fikir pakai otak
tidur pakai kain

pinggan tak retak
nasi tak dingin
kalau malas gerak
tidur atas simin.

5 comments:

  1. hehehe

    salam ye encik

    satu pinggan y samer ker lain2x pinggan neyh?

    hahahaha

    salam kembali

    ReplyDelete
  2. Salam.

    kata orang ... "tukang masak yang handal, boleh masak macam2 lauk dengan satu bahan sahaja". Begitulah pemantun yang baik boleh gubah macam2 pantun dengan satu pembayang yang sama ... walaupun hanya sebuah pinggan!

    TKasih kerana singgah di blog saya.

    ReplyDelete
  3. Saya nak ucap terima kasih pd saudara al-lavendri krn sudi bagi sumbangan pantun. saya nak beli ya :)


    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Macha duit tarak,
    Nak beli cermin.

    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Kepala adik botak,
    Serupa anak jin.

    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Anak bentak-bentak,
    Bapa naik angin.

    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Kain bau ketiak,
    Jemur atas pelamin.

    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Malas nak gerak,
    Orang tak ingin.

    Pinggan tak retak,
    Nasi tak dingin;
    Gigi tak bengkak,
    Makan coklat angin.

    ReplyDelete
  4. nuar haruha

    terima kasih kerana menelusuri pantun lama saya dan membeli. nampaknya awak memang meminati pantun dan juga seorang pemantun yang baik.

    saya sebenarnya hanya minat sahaja tanpa ilmu yang formal.

    ReplyDelete
  5. sama lah kita, saya sekadar minat sahaja.Banyak pantun-pantun ( warisan, tradisional) yang tak bertuan (tak tahu mana asal-usul pantunnya). Objektif saya nak cari tuan dia, itu sahaja. sambil2 tu saya dapat belajar berpantun juga. Terima kasih

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !