Thursday, March 9, 2017

PANTUN ENAM KERAT 5: ENTAH BERDUIT ENTAHKAN TIDAK.


Apah diharap padi seberang,
Entah berbuah entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap orang seberang,
Entah berduit entahkan tidak,
Entahkan asyik bergadai barang.




4 comments:

  1. Pergi ke seberang menuju kedai
    Sayangnya kedai sudah pun tutup
    Berakitlah pula aku ke hulu
    Semua barang sudah kugadai
    Masih tak cukup menampung hidup
    Duka kutanggung tiada yang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hendak berdayung tiada perahu,
      Duka ditanggung abangnya tahu.

      Delete
  2. Apa diharap padi seberang
    Entah berbuah entahkan tidak
    Entah dimakan pipit melayang
    Memang mengharap orang seberang
    Rajin bekerja malasnya tidak
    Membanting tulang mencari wang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membeli gelang di kedai nyonya,
      Pergi berdua balik seorang;
      Orang seberang pun sama juga,
      Bila dah kaya malasnya datang.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !