Walaupun
sehabis daya saya telah cuba membuat entri atau meninggalkan komen yang
tidak menyakitkan hati sesiapa, namun sebagai manusia biasa saya
percaya tentu ada entri saya yang tidak disenangi. Oleh itu sempena
hari raya Aidilfitri ini saya ingin memohon maaf daripada anda semua
pembaca blog ini seandainya ada tulisan saya yang telah menyentuh
perasaan anda.
Kepada rakan-rakan
yang kerap meninggalkan jejak di blog saya tanpa jemu, saya ucapkan
ribuan terima kasih dan minta maaf banyak-banyak jika saya tidak sempat
membalas lawatan anda semua.
Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya:
Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Ambilkan galah di atas atap
ReplyDeletebuah di pohon tolong turunkan
apa sahaja salah dan silap
saya memohon tolong maafkan
:)