Tersebutlah kisah sebuah kereta,
Gegak gempita masa lahirnya,
Tampan dan cekap kata empunya,
Tetapi sayang Preve namanya.
Pendita Za'ba mungkin tersedu,
Mengenang nasib bahasa Melayu,
Kepada siapa hendak mengadu,
Mamak Menteri sudah setuju.
Katanya negeri penuh berdaulat,
Bahasa penjajah juga dijilat,
Cuma bersyair mampu ku buat,
Antara nafas tersekat-sekat.
sebutnya macam 'privy' council? atau rima macam 'cafe'? macam bunyi kentut je kan...
ReplyDeletememang ada sikit-sikti bunyinya .. kalau lepas banyak makan nangka.
Deletenama melayu tiada nilainya
ReplyDeletejijik di lidah hendak disebut
akhirnya bahasa tidak berjiwa
bila bangsa semakin kalut...
:(
bila bangsa semakin kalut,
Deletebahasa melayu hanyut di laut.
Proton Preve hebat bergaya,
ReplyDeleteRamai berebut bayar duit muka,
Syahdu hati apakan daya,
Bahasa Melayu masih ada kelas ke?
=(
Bahasa Melayu masih ada kelas
Deletesama kelas untuk iklan sabun cap kapak.
Sesat jalan terkapa-kapa
ReplyDeleteMalu pula hendak bertanya
Nyata sudah kereta Malaysia
Bagaimana Preve pula jadinya
sesat jalan terkapa-kapa
Deletemalu pula hendak bertanya
tidak susah untuk meneka
mahu menawan seluruh dunia.
salam.... ada video2 tentang syair tak? nk ngajar syair ......
ReplyDeletehuhu
kat youtube banyak .. tapi saya suka yang ini ..
ReplyDeletettp://www.evideo.si/video/SYAIR SEJARAH MELAKA/youtube/rxHUiD0qXvQ
Dia sepak bola,
ReplyDeleteKau sepak bola,
Aku pun sepak bola,
Preve pun Preve laaaa... =(
awak sepak bola
ReplyDeletesaya sepak bola
apa lagi nak dikata ?
Pisang muda rasanya kelat
ReplyDeleteBidok lalu Kiambang bertaut
Org melayu ckp omputih tak pelat
Omputih ckp melayu bahasa kelaut
Gulai keladi kesukaan bonda
Kopek kelapa dibuang sabut
Dari dibiarkan bahasa di persenda
Biarlah PREVE, bergulung lidah menyebut
Alasan ke ni? Ekekekek
lidah orang kita memang boleh dibentuk .. kita dah biasa sebut Volkswagen, Puegot, Chevrolet, Hyundai, Mitsubishi dll .. apalah sangat dengan PREVE.
ReplyDelete