Thursday, March 22, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 25: KECOH.

 Perhatian:  Entri ini dipamer secara serentak di kedua-dua blog saya.
.




Orang politik kalau bergaduh,
Keluar dewan  berpeluk-pelukan;
Orang kampung kalau bergaduh,
Tidak bertegur tujuh keturunan.

Orang politk kalau berbalah,
Keluar dewan berpegangan tangan;
Orang kampung kalau berbalah,
Bila sembahyang imam berasingan.


*  Tajuddin itu orang UMNO dan Salehuddin itu orang PAS.

12 comments:

  1. Suasana inilah yang saya gambarkan dalam pantun merapu saya 'Orang Kecil Orang Besar' tak lama dulu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana ini akan berulang-ulang dilakonkan oleh pelakon pelapis nanti ..

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan...

    Orang Politik kalau bergaduh
    Keluar dewan makan semeja
    Orang Kampung Kalau Bergaduh
    Habis semua rahsia dijaja

    Orang kampung Bila Berbalah
    Tidak Bertegur Tujuh Keturunan
    Orang Politik Bila Berbalah
    Diluar Dewan masih berkawan

    Orang Politik atau Orang Kampung
    Dihitung kira sama sahaja nak untung
    Orang Politik naik atas kiraan undi orang kampung
    lepas naik janji jd omongan kosong org kampung yg melopong

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      orang politik kalau mengkritik,
      dapat saham diri sendiri;
      kalau berpolitk jangan fanatik,
      parti sendiri semuanya suci.

      Delete
  3. ikan kembung dimakan ituk,
    itik digulai di dapur kayu;
    ini bukan cerita orang kampung orang politik,
    ini memang perangai Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan puyu di dalam bubu,
      belah umbut dibuat sayur;
      perangai Melayu memang begitu,
      lemah lembut bertolak ansur.

      Delete
  4. orang politik kalau bergaduh
    Masih senyum , bersalam-salaman
    org kampung kalau bergaduh
    pasang pagar buat sempadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. burung sintar di dalam reban,
      itik serati jual di pekan;
      pasang pagar buat sempadan,
      kalau mati siapa tanamkan ?

      Delete
  5. Mencari buluh ke dalam hutan
    Cucu pula hendak mengikut
    Bukan saja sembahyang berasingan
    Kenduri kendara haram tak jemput

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu pula hendak mengikut,
      pergi kenduri rumah menteri;
      kenduri kendara kalau tak jemput;
      kalau mati tanamlah sendiri.

      Delete
  6. orang kampung
    kalau bergaduh
    tumbukannya ikhlas.

    orang politik
    kalau bergaduh
    tumbukannya beralas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang pencen
      kalau bergaduh
      tumbukannya keras.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !