Thursday, June 24, 2010

SAMPAI DI SINI SAHAJA !




Saya rasa ini adalah entri saya yang terakhir di blog ini. Hasrat ini telah beberapa kali ingin saya laksanakan tetapi selalu tertangguh. Kali ini rasanya muktamad.

Bukan saya nak berhenti berpuisi. Ia menjadi minat dan santapan jiwa saya. Oleh itu saya akan teruskan di blog saya yang satu lagi itu iaitu KomenSen.

Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil tindakan yang cukup menyedihkan saya ini:

1. Sambutan terhadap blog ini suam-suam kuku sahaja berbanding blog KomenSen.

2. Pengunjungnya adalah orang yang sama yang berkunjung ke blog Komensen.

3. Untuk memberikan puisi saya audien yang lebih ramai lagi di blog KomenSen.

4. Saya keletihan menguruskan dua blog.

Akhir kata terimalah dua rangkap pantun dari saya.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada yang datang bertandang
Sudikanlah klik blog saya yang ini.

p/s: Dalam pada itu, kalau berminat mahu menyorot puisi-puisi saya yang lama di sini, persilakan. Kalau berhajat untuk memberi komen atau membalas pantun-pantun yang ada, sudikan. Melalui "comment moderation" saya akan cuba cari dan membalasnya. Saya TIDAK bercadang untuk memadamkan blog ini KERANA terdapat sebanyak 84 karya agung picisan saya bersemadi di sini. Tetapi kalau blogspot nak tutup, apa boleh buat ! Minta-minta tu janganlah.



14 comments:

  1. ni la akibat berpoligami..
    tak dapat berlaku adil ..
    lain kali jangan dok buek laghi
    urus aje rumah yang satu tuu..

    nak buek cam no...

    bye bye ..ta ta...

    jumpa di sinun !!


    pu e c org xrt tu mesti diteruskan walau di rumah mana ia ditempatkan ..


    IE totap memberi sokongan wpun kekadang tak sompek nak jawap pantun tuu


    ..hu hu hu hu
    sedih lak rasanya !!!!

    ReplyDelete
  2. kata penutup tuan amat menyedihkan ..

    ReplyDelete
  3. sayangsayangibu

    habis nak buek camno ? jodoh kita sampai di sini sahaja. terima kasih kerana menyokong selama ini.

    ReplyDelete
  4. ikan emas

    ingatkan dulu saya mendapat follower yang tersendiri. tapi rupanya orang orang itu jugak. kalau begitu lebih baik fokus kat satu blog sahaja.

    apa-apa pun saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan berbanyak terima kasih kepada IE kerana memberi sokongan kuat selama ini.

    jumpa di sana !

    ReplyDelete
  5. linda

    janganlah sedih-sedih, nanti saya terikut sama. orang lelaki pun boleh nangis juga.

    terima kasih banyak-banyak kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada blog ini selama ini.

    kita berpantun pulak di sanun .. ok !

    ReplyDelete
  6. Tiba-tiba..

    rasanya seperti ada pasir di tubir mataku! :(

    ReplyDelete
  7. satu cukuplah bang hamzah... sukar nak beri keadilan ni..

    ReplyDelete
  8. kakcikseroja

    bolehlah eksport pasir tu ke Singapura ! hehe

    ReplyDelete
  9. mEIZ SHA

    panjangnyaaaaaaaaa ala awak !

    ReplyDelete
  10. abu muaz

    betul awak cakap. dah cuba baru tahu !

    sori tak tulis nama awak dalam tribute kat Komensen tu cara khusus. kira halal lah ya.

    ReplyDelete
  11. IM kena jaga 4 blog. IM sendiri mengakui letih nak jaga kesemua blog sekaligus.

    Sebab itu blog IM juga yang diupdate. yang lain semuanya outdate!

    ReplyDelete
  12. INSAN MARHAEN.

    SAYA FAHAM. KALAU DUA PUN SUSAH, APA LAGI KALAU EMPAT KAN !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !