Tuesday, March 9, 2010

PANTUN SAJA-SAJA - 2



 ada keledek ada ubi
buat serawa tidak berinti
jangan digeletek si pramugari
nanti kepala tersiram kopi !

...............................................................................

Inilah rupa serawa untuk pengetahuan semua esp. "budak lentik"


nota kaki: gambar di atas di tambah kemudian selepas baca komen Finaz !

11 comments:

  1. ada keledek ada ubi
    buat serawa tidak berinti
    mesti awak terpikir NAK geletek pramugari
    takut kena siram kopi tu yg x jadi

    hehehe...awak..awak..

    p/s: nak tanya, serawa tu apa? TQ kalo sudi mjwb

    ReplyDelete
  2. Finaz

    ish ish .. serawa pun tak tahu. saya google tadi, gambar serawa pun banyak tapi saya tak dapat nak letak kat ruangan komen ini. untuk itu, saya terpaksa bersusah payah kerana awak membuat tambahan kat entri saya di atas. sila lihat semula. elok juga awak tanya kerana mungkin juga ramai yang tak kenal apa itu serawa di sebabkan "semantic differences" atau malas nak google !

    ReplyDelete
  3. aik! tak abis lagik rupanya.. arini panggil 'budak lentik' lah pulakkk...

    u know what, kalo awak jumpe saya betul2 awak akan realize dua perkara:

    1. mana ada cam budak. Betul2 wanita dewasa melayu terakhir tau (haha perasan betul..)

    2. Oh! saya pakai mascara pun mmg bulu mata tak lentik jugak dia lentok jer..haha! funny!

    Oh! actually i gugeled earlier but got confused. Serawa adlh pengat perhaps? And thank u very much awak!

    ReplyDelete
  4. Ada ubi ada keledek
    buat pengat bersama keladi
    kita makan di petang hari
    ada hati nak mengeletek
    cubalah buat kalau berani
    makngah yg muncung berhari-hari...

    p/s- sedap yer kalau dapat makan bubur caca.
    pengat pisang,

    ReplyDelete
  5. finaz

    tempat saya di panggil pengat, tapi tempat makngahnya di panggil serawa. benda yang sama dan rasa pun sama. agaknya pengat + serawa = penggawa kot !

    ReplyDelete
  6. ikan emas

    ada ubi ada keledek
    buat pengat bersama keladi
    saya tak berani nak mengeletek
    cuma teringat di dalam hati !

    ReplyDelete
  7. ada keledek ada ubi
    buat serawa tidak berinti
    saja tauuu tuan ku ini.
    ada hati si pramugari..
    hati-hati ..
    takut nanti benjol di dahi !


    owhhh pramugari ...
    dari jauh sudah ku perhati ,
    senyummu menawan hati ..
    teringat kopi , terus hajatku mati !!

    ReplyDelete
  8. LiNda.

    Niata saja tak apa kan kalau tak di buat betul2 ! kalau buat betul2, sampai kat airport nanti ada orang tunggu kita kat pintu k/terbang nak pakaikan kita gelang besi ..

    ReplyDelete
  9. wahai tuan yang baik hati,
    Menyayangi Isteri melebihi diri,
    sekadar mengintai si pramugari,
    mencuci mata menghiburkan hati,
    sedangkan Mak Ngah tetap dihati !

    ReplyDelete
  10. ada keledek ada ubi
    ada ubi ada batas
    mari digeletek si pramugari
    lain kali beliau balas!!


    ngahahahhaha


    serawa tu kuih bersantan ke?

    ReplyDelete
  11. Frodo Baggins

    ada keledek ada ubi
    ada ubi ada batas
    pantun frodo makin berisi
    makin susah hendak dibalas !



    p/s serawa tu makanan yg macam gambar tu le !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !