besi tempawan dipanggil logam keris pusaka tidak bertuan bila hati dah hitam legam lebih keji dari haiwan
sori la Boss lambat masuk gelanggang.. saya jarang online.. doakan saya panjang umur dan sehat tubuh badan sepanjang puasa marathon rejab, shaaban ramadhan.
antara cawan ada baldi
ReplyDeleteterselit tuala yang koyak rabak
kadang haiwan lebih berbudi
berbanding manusia yang rosak akhlak
antara cawan ada baldi
Deleteterselit tuala yang koyak rabak
haiwan bertindak ikut naluri
manusia bertindak tak ikut otak.
Akal Fikiran Telah Membezakan
ReplyDeleteAgar Manusia berlainan dari Haiwan
Namun Kini Sukar Menafikan
Antara Manusia Ada Haiwan
pergi ke juaseh berkain pelikat,
Deletesinggah di kedai membeli susu;
manusia boleh sebaik malaikat,
asal pandai mengawal nafsu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCantik bersusun segala penganan
ReplyDeleteBuat hidangan tetamu undangan
Hilang sudah perikemanusiaan
Terkadang haiwan lebih budiman
ke mana abang hendak berjalan,
Deletebaul penuh ikan ternggiri;
ke mana hilang perasaan insan,
tergamak membunuh zuriat sendiri.
nak kata orang
ReplyDeletebukanlah orang
mungkin juga si orang orang
nang bo ti nang
Deletekui bo ti kui
~ kata orang cina.
pantun yg bermakna ..... bagus2... ada tersirat...
ReplyDeleteterima kasih kerana memahami.
DeleteAntara cawan tiada pinggan,
ReplyDeleteantara pinggan ada cawan;
antara hati tiada iman,
antara iman ada syaitan.
Antara cawan tiada pinggan,
Deleteantara pinggan ada cawan;
antara iman ada syaitan,
kukuhkan benteng untuk bertahan.
Antara cawan tiada pinggan,
ReplyDeleteantara pinggan ada cawan;
Bila hati tiada iman,
Hinanya manusia seperti haiwan.
Antara cawan tiada pinggan,
Deleteantara pinggan ada cawan;
bila manusia tiada beriman,
lebih teruk daripada haiwan.
mmg manusia xda hati perut..kalo berlaku tu pada sapa2 pon sama jgk.
ReplyDeleteminta-minta dijauhkan Allah dari terjadi di dalam keluarga kita.
Deletebesi tempawan dipanggil logam
ReplyDeletekeris pusaka tidak bertuan
bila hati dah hitam legam
lebih keji dari haiwan
sori la Boss lambat masuk gelanggang.. saya jarang online.. doakan saya panjang umur dan sehat tubuh badan sepanjang puasa marathon rejab, shaaban ramadhan.
semoga awak diberikan kekuatan olehNya untuk menunaikan amalan yang sangat mulia itu ..dan semoga amalan awak ini diberkati Allah jua.
Deletemanusia tetap manusia
ReplyDeletehaiwan tetap haiwan
semuanya akan sia-sia
bila aqal tak mampu dikendalikan...
manusia tetap manusia
Deletehaiwan tetap haiwan
hanya akal jadi pembeza
jangan sekali disesiakan.