Friday, May 11, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 26: MANUSIA DAN HAIWAN


 
antara cawan tiada kelapa,
antara kelapa ada cawan;
antara haiwan tiada manusia,
antara manusia ada haiwan.



21 comments:

  1. antara cawan ada baldi
    terselit tuala yang koyak rabak
    kadang haiwan lebih berbudi
    berbanding manusia yang rosak akhlak

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara cawan ada baldi
      terselit tuala yang koyak rabak
      haiwan bertindak ikut naluri
      manusia bertindak tak ikut otak.

      Delete
  2. Akal Fikiran Telah Membezakan
    Agar Manusia berlainan dari Haiwan
    Namun Kini Sukar Menafikan
    Antara Manusia Ada Haiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke juaseh berkain pelikat,
      singgah di kedai membeli susu;
      manusia boleh sebaik malaikat,
      asal pandai mengawal nafsu.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Cantik bersusun segala penganan
    Buat hidangan tetamu undangan
    Hilang sudah perikemanusiaan
    Terkadang haiwan lebih budiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke mana abang hendak berjalan,
      baul penuh ikan ternggiri;
      ke mana hilang perasaan insan,
      tergamak membunuh zuriat sendiri.

      Delete
  5. nak kata orang
    bukanlah orang
    mungkin juga si orang orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang bo ti nang
      kui bo ti kui

      ~ kata orang cina.

      Delete
  6. pantun yg bermakna ..... bagus2... ada tersirat...

    ReplyDelete
  7. Antara cawan tiada pinggan,
    antara pinggan ada cawan;
    antara hati tiada iman,
    antara iman ada syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara cawan tiada pinggan,
      antara pinggan ada cawan;
      antara iman ada syaitan,
      kukuhkan benteng untuk bertahan.

      Delete
  8. Antara cawan tiada pinggan,
    antara pinggan ada cawan;
    Bila hati tiada iman,
    Hinanya manusia seperti haiwan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara cawan tiada pinggan,
      antara pinggan ada cawan;
      bila manusia tiada beriman,
      lebih teruk daripada haiwan.

      Delete
  9. mmg manusia xda hati perut..kalo berlaku tu pada sapa2 pon sama jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta-minta dijauhkan Allah dari terjadi di dalam keluarga kita.

      Delete
  10. besi tempawan dipanggil logam
    keris pusaka tidak bertuan
    bila hati dah hitam legam
    lebih keji dari haiwan

    sori la Boss lambat masuk gelanggang.. saya jarang online.. doakan saya panjang umur dan sehat tubuh badan sepanjang puasa marathon rejab, shaaban ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga awak diberikan kekuatan olehNya untuk menunaikan amalan yang sangat mulia itu ..dan semoga amalan awak ini diberkati Allah jua.

      Delete
  11. manusia tetap manusia
    haiwan tetap haiwan
    semuanya akan sia-sia
    bila aqal tak mampu dikendalikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia tetap manusia
      haiwan tetap haiwan
      hanya akal jadi pembeza
      jangan sekali disesiakan.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !