Saturday, February 11, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 24: SI TUDUNG MERAH.

 .
HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
TETIBA LIGAT BUKAN MAIN LAGI;
TERCARI-CARI ORANG YANG SUSAH,
BERBONDONG-BONDONG KE SANA KE MARI.

HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
TETIBA BEREBUT INGIN BERBAKTI;
KENAPA DULU TAK BEGITU ENDAH,
UNTUK MELAWAT KAWASAN KAMI ?

HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
TETIBA MUKA MU MANIS SEKALI;
SUDAH DEKATKAH MASA MEMANGKAH,
UNTUK MEMILIH TOK KETUA LAGI ?


22 comments:

  1. tudung merah dikerah kerja lebih kuat musim ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikerah tu rasanya tak berapa kena .. kalau diupah tu, mungkin saya boleh terima.

      Delete
  2. lurutlah padi dari jerami
    jangan sampai terluka jari
    baguslah tuan nampak kehadiran kami
    tandanya kami berjaya menonjolkan diri

    (~_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak buaya di dalam lopak,
      lari dikejar bapa buaya;
      macamana saya boleh tak nampak,
      asyik berlegar di depan mata.

      Delete
  3. Si tudung merah jalan sama-sama,
    Hulur bantuan dari Pajam ke Mantin,
    Eleh itu pun sebab ada Buletin Utama,
    Jangan pelik kalau seorang-seorang tunjuk prihatin.

    Si tudung merah ke Pulau Indah,
    Sambil melawat dijamu mangga,
    Kenapa mesti nak ambil endah?
    Dah dapat tanah tak terkira harga.

    'Jenguk rakyat' perintah diberi,
    Si tudung merah senyum sengih nampak gigi,
    Mana tak manis mana tak berseri,
    Demi habuan kalau menang lagi!

    Yahoooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangkap kekura di hari redup,
      lekas pulang bila dah basah;
      pelbagai cara orang nak hidup,
      ambil peluang orang yang susah.



      Gooooogle !

      Delete
  4. alamak tak reti nak reply pantun/puisi jugak..

    memula baca cerita apa ni minah tudung merah..dah habis..ooohhhhh...politik rupanye..hehhee

    memang macam gitu la..adat manusia..kalo takde kepentingan dorang pedulik hape dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba-cubalah berpantun pulak .. manalah tahu bakat terpendamm.

      Delete
  5. HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
    TETIBA LIGAT BUKAN MAIN LAGI;
    BILA TAK JUMPA ORANG YANG SUSAH,
    ORANG SENANG BOLEHLAH BAGI!

    HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
    TETIBA BEREBUT INGIN BERBAKTI;
    DULU-DULU TAK BEGITU ENDAH,
    MUSIM MEMANGKAH BELUM MAU MARI!

    HAI LAH SI TUDUNG MERAH,
    TETIBA MUKA MU MANIS SEKALI;
    MEMANG DAH DEKAT MASA MEMANGKAH,
    KEMPEN DI TV DAH SABAN HARI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai lah si tudung merah,
      pagi-pagi sudah mencari;
      semua soalan tuan dah olah
      sungguhlah saya berpuashati.

      Delete
  6. Hai lah si Tudung Merah,
    Berjalan seiring dengan si songkok tinggi,
    kehadiran mu kemari nampak meriah,
    Macam menyambut aidilfitri,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Berlengang lengok ramai yang memerhati,
    Kenapa tetiba menjadi pemurah,
    adakah hanya ingin mengambil hati,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Tersenyum-senyum sampai kering gusi,
    Kenapa dulu tak mahu singah,
    Baru sekarang senyum nak tunjuk gigi,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Berkobar-kobar ingin mengambil hati,
    Kalau lah dulu peramah dan pemurah,
    Mungkin hari ini kami tidak berasa hati,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Membawa bauca kesana kamari,
    Bagus niat mu menolong mereka yang susah,
    Tapi sayang hanya untuk pancing undi,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Baik-baik berjalan dibumi bertuah ini,
    Kami dah muktamat apa nak pangkah,
    Demi maruah Melaysia tanah air tercinta ini,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Semangat mu kental nampak suci,
    "Dulu kini dan selamanya"jangan ko indah,
    Mari lah berjuang bersama kami,

    Hai lah si Tudung Merah,
    Tudung mu merah penuh labuci,
    Bukan niat kami nak mencari salah,
    Tetapi sekadar ingin ingat mengigati,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia ..

      saya baca dulu .. tak tahu nak jawab apa sebab masih terpesona dengan pantun balasan yang begitu hebat susunan bahasanya memukul tepat ke sanubari.

      Delete
    2. Berumah hamba beratapkan rumbia,
      Bertiang meranti berdinding nipah,
      Malu hamba mana nak di sorokkan muka,
      Bahasa yang sumbang dikatakan indah,

      Dahulu bayang dan galah pengukur masa,
      Masa diukur setiap sehasta,
      Bukan hendak menjual bahasa,
      tetapi sekadar meluahkan rasa,

      Delete
    3. pulau pandan nama negeri,
      tempat laksamana memasang jerat;
      usahlah tuan merendah diri,
      membuat hamba makin terpikat.

      Delete
  7.  

    HAI LAH SI TUDUNG MERAH
    BERGANDING BAHU BERSATU HATI
    JANGAN LAH MARAH JANGAN MELATAH
    DATANG ZIARAH MENABUR BAKTI

    HAI LAH SI TUDUNG  MERAH
    LEMBAH DI REDAH! BUKIT DI DAKI
    SIAPA KATA KAMI TAK ENDAH
    BUKAN KAH KITA BZ MENCARI REZKI?

    HAI LAH SI TUDUNG MERAH
    KEHULU KEHILIR KESANA KEMARI
    ENTAH BILA TARIKH MEMANGKAH
    TOK KETUA PILIH LAH SENDIRI. ... Demokrasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hailah si tudung merah
      kita cerita jangan merajuk
      cakap orang kalau di kisah
      semangat yang kuat menjadi sejuk.

      Delete
  8. eh tak retilah nak pantun!
    mak saya dlu pun salah sorg bertudung merah, tp sekarang dah tinggal..lebih rela berbakti untuk suami sendiri...sama2 motong getah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke motong getah ni?

      lain kali pantunlah sikit .. kalau salah saya tolong betulkan.

      Delete
  9. Si tudung merah cantik berfesyen
    Gigih membantu hingga ke dinihari
    Asyik-asyik muka mu di buletin televisyen
    Sampai kan jemu untuk didengari

    Merah bukanlah merahnya hati
    Tidak juga nampak berseri-seri
    Harap bantuan si tudung merah seikhlas hati
    Bukan bantuan mengharap dipangkah waktu itu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hailah si tudung merah,
      terima kasih kerana berbakti;
      bantuan diberi di terima sudah,
      pangkah tak pangkah belumlah pasti.

      Delete
  10. kain merah tudung merah
    baju putih nampak berseri
    bukan senang nak datang menyerah
    menyerah diri mohon diundi

    kain merah tudung merah
    baju putih butang suasa
    kalau kami buat tak endah
    nanti hidup (kami) tidak selesa

    kain merah tudung merah
    baju putih renda coraknya
    janganlah pangkah sebarang pangkah
    pangkahlah kami raja dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hailah si tudung merah,
      kalau penat bawa berhenti;
      marilah kita sama memangkah,
      kalau tak pangkah sendiri rugi.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !