Tuesday, January 24, 2012

PEMBAYANG DULU-DULU 45: SBPA.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg2a8WgtlML95uqBDIzYqviSrYgs0oJealpqQZzxQjRt6NHJFwUIYFjAYtumW-lLXynEj88b9Lof2R3WtC6cX8L5VZzmxS2orhebeL12cg9e6o3Wjxj4drEZ6MVxAFHMQqxJTUj3KIhJVb/s1600/sbpa.jpg


tinggi-tinggi si mata hari,
anak kerbau mati tertambat;
gara-gara nak naik gaji,
harga barang semua meningkat.
 
lama sudah tidak ke ladang,
tinggilah rumput si dari padi;
orang senang bertambah senang,
orang miskin memakan hati.


23 comments:

  1. Tinggi-tinggi si matahari
    anak kerbau mati tertambat
    Kerja gomen x pernah sekali,
    Nak komen tersekat-sekat

    ReplyDelete
  2. sungguh panas sinar mentari
    tidak hilang disiram hujan
    bagaimana cara nak jadi menteri
    senang lenang tak habis makan...

    ReplyDelete
  3. tinggi-tinggi simatahari
    anak kerbau mati tertambat
    sbpa punya misteri
    jpa auta ptdnya pembelit

    ReplyDelete
  4. deru ombak

    tinggi-tinggi si matahari,
    anak kerbau mati tertambat;
    kerja gomen enak sekali,
    habis tempoh pencen pun dapat.

    ReplyDelete
  5. kakcik nur

    sungguh panas sinar mentari,
    rasa panas bawalah mandi;
    kalau kakcik jadi menteri,
    biarlah saya membancuh kopi.

    ReplyDelete
  6. ikan emas

    tinggi-tinggi si matahari,
    anak kerbau mati tertambat;
    kalau masih tak puas hati,
    taulah kita apa nak buat.

    ReplyDelete
  7. tinggi-tinggi si matahari,
    anak kerbau mati tertambat,
    wahai pemimpin fahamilah kami,
    sbpa adil senyuman tidak kelat.

    ReplyDelete
  8. setuju sgt.. mmg naik gaji.. tp seiringnya tu naik lah semua harga barang.
    so tak ada bezanya....

    ReplyDelete
  9. cikceriacorner

    anak kerbau mati tertambat,
    carilah tali untuk ditarik;
    senyum cikceria pun menjadi kelat,
    apalagi lagi senyuman pakcik.

    ReplyDelete
  10. alieza dayasari

    pergi pasar tani, habis rm100 pun barangnya boleh dijinjing sebelah tangan.

    ReplyDelete
  11. Anak tupai terlompat-lompat,
    Melihat pipit membuat sarang,
    SBPA belumpun dapat,
    Janganlah naik harga barang.

    Huih, nampak segak Tuan Haji dalam gambar profile baru tu, fewit!

    ReplyDelete
  12. tinggi-tinggi simatahari
    anak kerbau mati tertambat
    Orang gomen dah naik gaji
    Yang suasta pula disekat-sekat

    Buat Kakacik Nur

    sungguh panas sinar mentari
    berpeluh badan muka berkilat
    memang lah senang jadi menteri
    tapi takut disambar kilat

    he...he...

    ReplyDelete
  13. dinas aldi

    turun naik ke gunung Tahan,
    toleh toleh melihat pacat;
    harga naik tak dapat tahan,
    cuma boleh berjimat cermat.

    *tentang gambar saya tu, hanya jauhari mengenal manikam.

    ReplyDelete
  14. sehasta mungkin

    tinggi-tinggi si matahari,
    beli taugeh di alor setar;
    orang gomen yang naik gaji,
    tapi taukeh yang untung besar,

    ReplyDelete
  15. insan_marhaen

    orang senang makan hati lembu .. orang miskin makan hati sendiri.

    ReplyDelete
  16. Makan ulam bercicah budu
    sambil melihat si kunang-kunang
    Enak sunguh sihati lembu
    sayangnya untuk si org senang

    **Ni bukan hati lembu kampung, ni lembu dalam kandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehasta mungkin.

      tanam tebu bersama gajus,
      musafir lalu ambil sedikit;
      hati lembu bukannya bagus,
      kalau selalu dapat penyakit.

      Delete
  17. Tinggi-tinggi si mata hari,
    Anak kerbau mati tertambat;
    Biarlah tak naik gaji,
    Asalkan iman tetap meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kerbau mati tertambat,
      tinggi-tinggi si matahari;
      cakap ustaz sangatlah tepat,
      akan dipahat di dalam hati.

      Delete
    2. anak kerbau mati tertambat
      berpeuh badan muka berkilat
      Nasihat ustaz insyaAllah kami ingat
      Semoga menjadi bekalan ke titian sirat

      Delete
  18. tinggi tinggi kelapa sawit,
    tinggi lagi pokok durian
    kalau dah bersabit dengan duit
    dengan yang berkuasa tak boleh lah lawan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi lagi pokok durian,
      ambil sekerat di buat benih;
      siapa kata tak boleh lawan,
      kalau sepakat semua boleh.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !