Wednesday, February 29, 2012

PANTUN NASIHAT 6: AKIBAT BERLAKU BURUK.

Sudah agak lama rasanya saya tidak berpantun. Hati sentiasa teringat tetapi ilham tak kunjung tiba. Sehinggalah saya terjumpa pantun di bawah di dalam kitab tafsir al-Azhar hasil karya Dr. HAMKA. Menurut beliau, pantun ini adalah pantun lama orang Melayu, tetapi saya belum pernah lagi terjumpa. Saya sangat tertarik dengan rima yang sangat cantik dan mesej yang sangat baik yang terkandung di dalam pantun ini.


Awak dengan baju buruk awak,
Gantungkanlah, ampaikanlah;
Awak dengan laku buruk awak,
Tanggungkanlah, rasaikanlah.

Ada tak sesiapa yang pernah terbaca pantun tersebut sebelum ini ?


12 comments:

  1. Pantun ni mengingatkan paa entry pakngah tak kan kita nak masuk syurga seorang kan?

    ReplyDelete
  2. pakngah terharu sebab awak masih teringatkan entri tersebut di blog pakngah yang satu lagi.

    ReplyDelete
  3. Sy rs mcm byk sawang gak blog nie Pakcik. Sila bersihkan sawang2 tersebut.

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik alahan dengan habuk .. boleh awak datang tolong ?

      Delete
  4. Saya belum pernah terjumpa apalagi membaca pantun tersebut. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Bang Haji..

    Rasanya pernah terbaca...

    Kesimpulannya, dari zahirnya apa yang kita pakai menampakkan bersih atau kotornya pakaian kita. Namun, dari batinnya segala amal dan dosa yang kita lakukan menampakkan bersih atau kotornya roh kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam ustaz.

      Pengetahuan Ust lebih luas dari saya kerana saya tak pernah baca pantun itu sebelum ini.

      ulasan ust tentang pantun itu tepat sekali. terima kasih.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !