Monday, August 1, 2011

KASIHANILAH DAKU !

http://www.iluvislam.com/english/images/stories/tahajjud.jpg


Ya Allah ya Tuhan ku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini jahat
sembahyang ku lewat
tahajjud ku liat
namun kepada Mu aku ingin menyampaikan hajat
agar tidak mencampakkan aku ke lembah laknat.


Ya Allah yang Tuhan ku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini hina
infak ku berkira
membantu sambil lewa
ampunilah daku wahai Yang Maha Kuasa
agar rohku nanti ditempatkan bersama-sama dengan ahli syurga.


Ya Allah ya Tuhanku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini engkar
ke majlis ilmu selalu liar
ampunilah daku wahai Yang Maha Mendengar
kerana kini aku telah pun sedar
sesungguhnya tanpa hidayah mu pasti aku tidak akan berjumpa jalan keluar.

.

14 comments:

  1. kumengharapkan ramadan kali ini penuh makna.

    :D

    ReplyDelete
  2. Tuhan,
    aku juga seperti dia.

    ampunkan aku juga...

    ReplyDelete
  3. kts

    kalau nak tengok makna, awak boleh tengok kamus !

    ReplyDelete
  4. im

    saya percaya awak lebih baik dari saya.

    ReplyDelete
  5. Ya Tuhanku...

    Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi kesedaran untuk aku lebih dekat padaMu...

    Suka doa pakngah ni...:)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..

    Engkau campakkanlah hidayah dan petunjuk kepada yang memohon doa ini..

    dan kepada kami semua..

    ReplyDelete
  7. yus

    terima kasih yus. doa ini hanya terpakai untuk pakngah dan orang2 yg sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  8. ust abd razak

    terima kasih kerana turut mendoakan saya. mudah-mudahkan dimakbulkanNya.

    ReplyDelete
  9. junaina

    tak ada makna terselindung.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !