macam ada yang tidak kena
macam ada yang tidak cukup.
di ruang yang luas ini .. ku merasa sempit
di hari yang benderang ini .. ku merasa kelam
di tengah keramaian ini .. ku merasa sepi.
di tengah keramaian ini .. ku merasa sepi.
ku pandang kiri ku pandang kanan
dikau tiada
tetapi mata ini tidak pernah berhenti mencari
seolah-olah kau masih ada di sisi
hati ini masih tidak mahu mengerti
kau pergi tak akan kembali.
di bulan Ramadhan ini ketiadaan mu amat terasa
semoga ibu damai di sana.
takpe uncle...saya faham.
ReplyDeleteuncle kan anak yang soleh tapi?
gadisbunga
ReplyDeletetapi apa ????
* kalau boleh perkataan apa tu saya nak tulis besar-besar !
sodih ghaso eh baca en3 ni..
ReplyDeletebertuah sya masih ada ibubapa dan mak abah mertua..
al fatihah....
Bulan puasa banyakkan sedekah
ReplyDeletejauhi diri bernafsu serakah
sedekahkan ibu doa dan fatihah
sepi dan rindu menjadi barakah.
----------------------------
...ingat td AL rindukan IE..yg dh lama menyepi ...hehehe perasan pulak!
Saya sangat merasakan ketiadaan bapa saya - mungkin disebabkan banyak benda yang membuat saya terkilan sebelum pemergiannya. :(
ReplyDelete(terus terang, saya lebih sering mimpikan bapa berbanding ibu)
Salam Pak Ngah,
ReplyDelete5 bulan sebelum kami ke sini, arwah ayah kembali ke rahmatullah. Tahun lepas semasa kami pulang (saya buat data collection), ibu saya pula dijemput ilahi.
Bila dirantau begini, memang begitu terasa sunyi.....
Dalam tidur mahupun jaga
ReplyDeleteSenantiasa ternanti-nanti
Kasih ibu membawa ke syurga
Takkan pernah hilang di hati
Al-Fatihah untuk arwah ibu Tuan Haji..
Assalamualaikum Tuan Haji...
ReplyDeleteUsah bersedih kerana keadaan mereka bahagia di sana hasil daripada amalan dan doa anak-anak mereka yang soleh. Yang pasti kita akan kembali juga nanti. Berbekallah agar kita bahagia juga nanti...
TAPI LOYAR BURUK...eh tertulis besar-besar pulak. hahaha!!!
ReplyDeletesaya masih tak mahu fikir tentang kehilangan mak & ayah.
ReplyDeletebelum mahu terima kenyataan tersebut.
mak & ayah saya masih ada dan saya harap mereka ada selamanya-lamanya
....... Memahami ......
ReplyDeletekasih saya hanya jatuh pada ibu sejak berusia 2 tahun kerana bapa lebih dahulu mengadap ilahi sebelum kami adik bradik mengerti apa itu ertihidup...
ReplyDeletesaya tak sanggup kehilangannya...
sayangsayangibu
ReplyDeleteberuntungnya awak. saya cuma ada ayah mertua sahaja lagi dan tinggal bersama. tapi dia sudah tak ingat apa-apa.
ikan emas
ReplyDeletemana yang pergi lama menyepi ?
kakcik
ReplyDeletesaya dapat merasakannya. kakcik terkilan kerana adik kakcik sampai ke sudah dia tak jengok kan !
hanafiah
ReplyDeletesalam kembali.
hakikat hidup begitu, tiada yang kekal. namun kadang2 hati ini teringat-ingat juga tambah2 bulan puasa teringat masakan ibu.
dinas aldi
ReplyDeletebila dia dah tak ada, baru terasa sepatutnya kita buat lebih baik dari apa yang telah kita berikan.
ust abd razak
ReplyDeletealaikumsalam.
memang betul apa yang ust sebutkan itu. apa lagi yang boleh di buat kecuali mendoakan rohnya aman di sana di samping kita membuat persediaan.
gadisbunga
ReplyDeleteraya nanti awak kena datang cium tangan uncle .. hehe
ell
ReplyDeleteawak beruntung. berbaktilah kepada mereka sementara masih ada.
normaliza mah
ReplyDeleteterima kasih kerana memahami.
junaina
ReplyDeletesemoga ibu awak dipanjangkan umurnya dalam keadaan sihat walafiat.