Tuesday, November 3, 2009

AWAK - 4

kenapa malu-malu
intai celah pintu
bukan kita tak tahu
awak ada kat situ.

kenapa malu-malu
hendak terus terang
bukan kita tak tahu
awak masih sayang.

kenapa malu-malu
luah rasa hati
bukan kita tak tahu
awak tercari-cari.

kenapa malu-malu
untuk kata suka
bukan kita tak tahu
awak renung kita.

tak acilah macam tu
buat malu-malu
bukan kita tak tahu
awak tu dulu-dulu
muka tak malu !!! (gurau jer !)


10 comments:

  1. siapakah itu
    yang malu-malu
    duduk balik pintu
    kenapa pula malu malu
    mungkinkah kerana muka berbulu
    atau di hujung jari ada cagu??

    kehkehkeh....

    ReplyDelete
  2. bukan malu cuma terasa rendah diri ajer hehehe

    ReplyDelete
  3. kakciseroja

    kakcik punya syair itu
    buat saya gelak tersedu-sedu!

    ReplyDelete
  4. mamai
    awak ini ibarat ular menyusur akar atau ibarat itik buat2 tak tahu berenang. apa-apa pun sifat merendah diri itu adalah suatu sifat yang terpuji.

    ReplyDelete
  5. salam dan morning!!!

    gelak dulu baru leh jawab neh!!

    awak gurau gurau
    saya cubit cubit..
    awk jugak yang kacau
    skarang nak ungkit ungkit .. eheh!!

    awak gitu selalu
    kacau saya ngantok
    saya mmg muka x malu
    awak lagi teruk, muka tembok [acah aje]

    kekekekek...

    lari pecut 100m persaorangan!! haha

    ReplyDelete
  6. mamamin
    kenapa malu-malu
    dah ketuk kepala aku
    lari macam peluru !

    ReplyDelete
  7. bukan saya malu2
    intai celah pintu
    tapi saje nak skodeng kat situ
    nak tgk kat luar tu ada MAT JEBON ke hantu..

    hehehe

    ReplyDelete
  8. finaz

    kenapa malu-malu
    aku tercegat kat pintu
    dah dekat seminggu
    sebab tu dah rupa hantu !

    ReplyDelete
  9. ala.. kesiannya dia berdiri seminggu kat pintu.. hahaha!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !