Thursday, November 5, 2009

SAJA NAK BAGI TAHU ...!


Orang tak tanya pun ... tapi saja nak bagi tahu. Saya bakal menghadapi satu "halangan" yang saya dah rancang untuk di lalui. Oleh itu mulai hari ini 5hb November 2009, saya ingin berhenti sekejap dari membuat entri baru dan juga memberi komen kepada entri kengkawan. Tindakan ini (walaupun payah) harus saya ambil bagi mempersiap diri untuk melepasi halangan tersebut. Insyallah, kalau dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi pada 13 Disember 2009. (Bagi melepas gian, mungkin juga saya akan curi2 merayau ke dalam blog kengkawan yang tidak berpagar)

Sementara itu, saya tinggalkan dua rangkap pantun untuk pembaca setia blog ini sebagai pengubat rindu (ewah2).


mengapa perigi hendak ku tuba
kelak beringin bersekah batang
hamba pergi bukan lah lama
tidak ku ingin berlengah pulang.

daun ketupat si daun lalang
kenapa di kerat kelak bersepah
belum ku lihat belum ku pandang
kenapa berat hendak berpisah?



Miss U


9 comments:

  1. Mengerat ranting bersungguh-sungguh
    Parang dihayun berkali-kali
    Perkara yang baik usah bertangguh
    Selamat pergi selamat kembali :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    Al- Selamat menempuh halangan yee..

    mengapa perigi hendak dituba,
    kelak beringin bersekah batang,
    walau pun pergi tidak lama,
    kami yang tinggal rasa tak senang.

    daun ketupat si daun lalang
    kenapa dikerat kelak bersepah
    kalau dah dilihat dan dipandang,
    lagilah berat hendak melangkah.

    ReplyDelete
  3. uiks.. boleh lak nak komen.. adeh.. boss.. siang tadi xboleh..

    boss nak pegi mane, naik haji ke?

    ni nak balas pantun tu.. cam sedey la sngt, isk isk isk..

    singgah musafir dibandar keluang
    menadah air membasah selera
    pergilah tuan pergi berjuang
    hamba menanti pulang lah segera


    merdu suara buluh perindu
    gurindam jiwa baru bermula
    kami disini jangan dirindu
    bulan depan bertemu semula .. ok?

    ReplyDelete
  4. buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tolong jolokkan,
    benda yg jauh jngn di kejar,
    nanti yag dekat tidak kelihatan,...


    ala rehat kejap je kan..bkn smp bile2..hehe

    ReplyDelete
  5. salam kenal. baru mula singgah dah nak pamit ni. aku pun gemar pd puisi. cma tak pandai mengarang.

    muga sukses dalam menghadapi 'cabaran'.

    satu,
    aku teringat ibu.

    dua,
    aku kehilangan bapa.

    tiga,
    aku selalu doakan mereka.

    ReplyDelete
  6. Salam. Terima kasih atas pantun dan komen balas anda semua. Teruskanlah singgah dan ambil bahagian.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !