lembu baru kereta pun baru
baru sekali masuk melaka
GPS baru kereta pun baru
kenapa pulak asyik bertanya ?
dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
kerana malu asyik bertanya
sampai tersesat rumah tok kadi.
kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
ke hulu ke hilir tak jumpa jalan
akhirnya tidur balai penghulu.
.