Friday, December 31, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 18


http://wakakapedia.com/wp-content/uploads/2010/05/awas-jatuh.jpg

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
kalau jatuh bangun sendiri
jangan mengharap ditolong orang.

.

Wednesday, December 29, 2010

PANTUN SAJA-SAJA - 6.

http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/2010_AFF_Suzuki_Cup_logo.png

dari buluh di buat lidi
mari diraut di waktu petang
hanyakah jaguh di kampung sendiri
merebut takhta di laman orang ?


syabas Malaysia !!!

siaran selari di dua blog.

.

Saturday, December 25, 2010

PANTUN BLOGLARIAN.

http://lh3.ggpht.com/_Wf1zeFyQGI0/TQb7olHmHhI/AAAAAAAAAps/DbChB-LGtXA/asd.jpg









pokok kemuncup tepi perigi
tumbuh bersama pokok durian
kalau hidup terasa sepi
sila bersama bloglarian.

pohon peria di tepi alur
jangan dipatah rosak buahnya
memang saya bercakap jujur
saya sudah nampak hasilnya.

tanam selasih di tepi paya
mari di pagar kayu berikat
kalau anda tidak percaya
mari mendaftar sebelum terlewat.

.

MACAM PANTUN DULU-DULU - 9

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdVYb7lP1DVJ35-ZBi_96qqaNQQSxAHz38d14aN3ZErEacvIUFPZDKNZQitdQpI-gsKJrRxR9xmsSmYQ5YtR7pPmcQtX7GA_oObD5NGBYB2UIKdWLayHoQEVF992PUJfKcePdCM_g1G72X/s1600/rindu.jpg

hasil carian google.


intai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan tak lalu makan.




.

Friday, December 24, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 17


Arak-arak kelapa puan
Kalau tak puan kelapa bali
Kalaulah awak tidak berkenan
Usah diusung ke sana ke mari.


.