Wednesday, November 1, 2017

PANTUN JENAKA # 14: HANG PI MANA ?



Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput darilah padi;
Dari sini hendak ke sana,
Lepas tu tak tahu lagi.






Thursday, October 5, 2017

PANTUN JENAKA # 13: TERLELAP



Anak rusa jalan berdua,
Anak tekukur kena perangkap;
Masa jaga ingatkan dia,
Masa tidur terus terlelap.




.

Tuesday, August 1, 2017

PANTUN JENAKA # 12 : BUKAN SEMBAH SEMBARANG SEMBAH.



Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah melekat di tebing parit;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah berhajat meminjam duit.







Sunday, July 16, 2017

PEMBAYANG DULU-DULU 85 :BERAYA LAGI KE?

Gambar hiasan hasil carian Google.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggilah rumput darilah padi;
Pakai cecantik hendak ke mana,
Belum habiskah beraya lagi?



Friday, July 7, 2017

PANTUN JENAKA # 10 : KIRIM SALAM.




Tarik sauh hari dah malam,
Pukat gelama dapat kerapu;
Dari jauh ku kirim salam,
Itu sahaja yang aku mampu.