Monday, February 25, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 51: BERSIN TAK JADI.



Gambar hiasan hasil carian Google.


arak-arak kelapa puan,
kalau tak puan kelapa bali;
hampa berkasih separuh jalan,
ibarat bersin tak mahu jadi.

12 comments:

  1. cinta ada kaitan dengan bersin...

    seksa ooo kalo bersin tak jadi

    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak merasa hampa kalau bersin tak jadi..

      Delete
  2. Salam manis :)

    Terketar letih lumpuh sebulan,
    Teruna takut harapan pasti;
    Dibiar kasih separuh jalan,
    Kerana mengikut bisikan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      huma terbiar sudah sebulan,
      bawa bekal menebas lalang;
      mengapa dibiar separuh jalan,
      kelak menyesal diambil orang.

      Delete
  3. balau tersangkut di bendang kita,
    tabur baja di sawah padi;
    kalau takut bersungguh kata,
    semua kerja takkan menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. balau tersangkut di bendang kita,
      tabur baja di sawah padi;
      kita takut bersungguh kata,
      manalah tahu orang tak sudi.

      Delete
  4. As-Salam Tuan...

    Mengail sebarau ditengah hari
    Cuaca panas merecik peluh
    Apa dihirau cinta separuh jadi
    Sudah melepas tak usah dikeluh

    Tiong bersarang di pohon Jati
    Tupai melompat menunjuk lagak
    Ada curang didalam hati
    Penyebab kuat cinta ditolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      Tiong bersarang di pohon Jati,
      Tupai melompat menunjuk lagak;
      Tiada curang di dalam hati,
      Memang orang sudah tak hendak.

      Delete
  5. Minta selasih kembang sebulan,
    Deru perahu di lautan Tunisia;
    Cinta kasih di simpang jalan,
    Baru ku tahu bukan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta selasih kembang sebulan,
      itik serati membuat sarang;
      cinta kasih di simpang jalan,
      sabar menanti disunting orang.

      Delete
  6. inilah isteri kedua itu ye... best..best.. boleh jadikan rujukan untuk pesta pantun piala ketua-ketua jabatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai panduan sila klik panduan kat atas sekali sebelah kanan .. semoga berjaya.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !