Wednesday, July 18, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 29 : SELAMAT BERPUASA.




bulan mulia menjelang tiba,
tamatkan sengketa bermaafan kita;
berpuasalah kita menurut adabnya,
tidaklah hanya berlapar dahaga.

dari mana hendak ke mana,
tinggilah rumput si dari padi;
bersyukur kita pada Yang Kuasa,
ditemukan puasa sekali lagi.

 anak gelama dalam lautan,
mari dibawa di dalam raga;
moga berpuasa genap sebulan,
hikmahnya pula jangan dilupa.






* kecuali yang uzur sharie


6 comments:

  1. Assalamaulaikum Tuan..

    Ramadhan semakin Menghampiri
    Bermula puasa selama sebulan
    Andai Ada Khilaf Ampunkan diri
    Semoga Puasa penuh keberkatan

    Kedatangan Ramadhan Kita nantikan
    Bersolat tarawih di malam hari
    Ganjaran Allah kita himpunkan
    Untuk bekalan kemudian hari

    Bazar Ramadhan Tumbuh Banyak gerai
    Pelbagai Juadah Buat Jualan
    Hanya Kita Jangan Terabai
    Tuntutan Nafsu Yg Berlebihan

    ReplyDelete
  2. saya juga memohon maaf jika selama ini terdapat entri saya yang tidak disenangi baik dari segi penggunaan bahasa mahu pun dari sudut kandungan.

    terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog saya ini. selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  3. Angin bertiup terbau haruman
    Melur ditanam penuh halaman
    Mohon dimaaf segala kesilapan
    Semoga diterima segala amalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. melur ditanam penuh halaman,
      usah diikat usah dikerat;
      semoga diterima segala amalan
      hidup selamat dunia akhirat.

      Delete
  4. bulan mulia menjelang tiba,
    tamatkan sengketa bermaafan kita;
    andaikata terkasar bahasa
    kumohon maaf atas segalanya..

    bersyukur kita pada Yang Kuasa,
    ditemukan puasa sekali lagi.
    Jika seluruh umur adalah dosa
    Takwa dan taubat ubati hati.

    anak gelama dalam lautan,
    mari dibawa di dalam raga;
    mengharapkan rahmat bulan ramadhan
    agar luruh seluruh noda dan dosa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ustaz.

      dari mana hendak ke mana,
      tinggilah rumput sedari pad;
      manusia mana tidak berdosa
      segeralah taubat sebelum mati.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !