Wednesday, April 18, 2012

SYAIR KERETA PREVE.


Tersebutlah kisah sebuah kereta,
Gegak gempita masa lahirnya,
Tampan dan cekap kata empunya,
Tetapi  sayang Preve namanya.

Pendita Za'ba mungkin tersedu,
Mengenang nasib bahasa Melayu,
Kepada siapa hendak mengadu,
Mamak Menteri sudah setuju.

Katanya negeri penuh berdaulat,
Bahasa penjajah juga dijilat,
Cuma bersyair mampu ku buat,
Antara nafas tersekat-sekat.

14 comments:

  1. sebutnya macam 'privy' council? atau rima macam 'cafe'? macam bunyi kentut je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada sikit-sikti bunyinya .. kalau lepas banyak makan nangka.

      Delete
  2. nama melayu tiada nilainya
    jijik di lidah hendak disebut
    akhirnya bahasa tidak berjiwa
    bila bangsa semakin kalut...

    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bangsa semakin kalut,
      bahasa melayu hanyut di laut.

      Delete
  3. Proton Preve hebat bergaya,
    Ramai berebut bayar duit muka,
    Syahdu hati apakan daya,
    Bahasa Melayu masih ada kelas ke?

    =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Melayu masih ada kelas
      sama kelas untuk iklan sabun cap kapak.

      Delete
  4. Sesat jalan terkapa-kapa
    Malu pula hendak bertanya
    Nyata sudah kereta Malaysia
    Bagaimana Preve pula jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesat jalan terkapa-kapa
      malu pula hendak bertanya
      tidak susah untuk meneka
      mahu menawan seluruh dunia.

      Delete
  5. salam.... ada video2 tentang syair tak? nk ngajar syair ......
    huhu

    ReplyDelete
  6. kat youtube banyak .. tapi saya suka yang ini ..


    ttp://www.evideo.si/video/SYAIR SEJARAH MELAKA/youtube/rxHUiD0qXvQ

    ReplyDelete
  7. Dia sepak bola,
    Kau sepak bola,
    Aku pun sepak bola,
    Preve pun Preve laaaa... =(

    ReplyDelete
  8. awak sepak bola
    saya sepak bola
    apa lagi nak dikata ?

    ReplyDelete
  9. Pisang muda rasanya kelat
    Bidok lalu Kiambang bertaut
    Org melayu ckp omputih tak pelat
    Omputih ckp melayu bahasa kelaut

    Gulai keladi kesukaan bonda
    Kopek kelapa dibuang sabut
    Dari dibiarkan bahasa di persenda
    Biarlah PREVE, bergulung lidah menyebut

    Alasan ke ni? Ekekekek 

    ReplyDelete
  10. lidah orang kita memang boleh dibentuk .. kita dah biasa sebut Volkswagen, Puegot, Chevrolet, Hyundai, Mitsubishi dll .. apalah sangat dengan PREVE.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !