Nota Tangan: Memandangkan Pantun Anak Ayam - 10 mendapat sambutan lebih dari biasa, saya zahirkan Pantun Anak Ayam -11 pula untuk meneruskan kemeriahan gelanggang. Terima kasih kepada Kakcik, Fara, Dinas Aldi, Ust Abd Razak, Abang Temuk dan terutamanya Deru Ombak dengan Queenie yang kerap turun bermain dalam Pantun Anak Ayam - 10 yang lalu.
anaklah ayam turun sepuluh,
mati seekor tinggal sembilan;
hilang berganti patah dah tumbuh,
tuan sahaja hamba berkenan.
hilang berganti patah dah tumbuh,
tuan sahaja hamba berkenan.
anaklah ayam turun sembilan,
mati seekor tinggallah lapan;
tuan ibarat bulan di awan,
hanya bertemu dalam khayalan.
.
.