Friday, November 11, 2011

PANTUN SAJA-SAJA 22 : OMBAK MEMUKUL PANTAI



mengasah tombak sumbing sebelah,
tertusuk lantai kayu berlian;
tidakkah ombak merasa lelah,
memukul pantai zaman berzaman.

14 comments:

  1. masuk ke hutan memburu rusa
    menumpang teduh di pokok petai
    sebagaimana bumi menanggung dosa
    begitulah juga ombak dan pantai

    ReplyDelete
  2. kakcik

    menumpang teduh di pokok petai,
    tertusuk duri batang semalu,
    ibarat ombak membersih pantai;
    hisablah diri taubat selalu.

    ReplyDelete
  3. durian gugur di pohon tebu
    itik diternak di pangkal sena
    demikian jua kasihnya ibu
    mendidik anak agar sempurna

    ReplyDelete
  4. queenie

    itik diternak di pangkal sena
    lepas bertiga balik berempat
    jangan dilupa kasihnya bapa
    melindung keluarga agar selamat.

    ReplyDelete
  5. Sumbing nya tombak diasah susah,
    Susah lagi bila tombak berdiri,
    Ibarat kasih ibu dan ayah,
    Berkorban kasih tidak terperi,

    ReplyDelete
  6. sehasta mungkin

    tanam selasih tepi perigi,
    tumbuh melata usah ditebas,
    berkorban kasih tidak terperi,
    tidak pula minta dibalas.

    ReplyDelete
  7. Mengasah tombak sumbing sebelah,
    Tertusuk lantai kayu berlian;
    Usah dihairan usah digundah
    Ia patuh dan taat atas suruhan

    ReplyDelete
  8. ust abd razak

    mengasah tombak sumbing sebelah,
    tertusuk lantai kayu berlian;
    bukannya runsing bukannya gundah
    takjub cuma ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
  9. lihat kiri kanan dan sebelah,
    malang tidak jumpa si Masil,
    Hamba rela penat lelah,
    Andai di hujungnya membuah hasil.

    ReplyDelete
  10. alieza dayasari

    lihat sebelah hendak ke mana,
    siap sedia hari nak hujan,
    penat lelah kita berusaha,
    namun hasilnya Dia tentukan.

    ReplyDelete
  11. Sekian lama sepi sendiri
    Rindu reman rindu kamu
    Hari ini khabar ditanya...

    Selagi Ada bulan matahari
    Sang ombak tak Akan jemu
    Menyapa pantai selamanya...

    ReplyDelete
  12. mamamin

    mamaminkah itu yang datang bertandang
    lama giler mamamin menghilang
    mulut menyebut hati terkenang
    sunyi sepi tanpa berita
    harapnya bukanlah singgah sementara.

    kenapa saya tak dapat masuk blog mamamin ?

    terima kasih kerana tidak lupa laman ini.

    terima kasih kerana menceriakan petang saya ini.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Boss!!!

    Kalau Ada sumur diladang..
    Izinkan saya menumpang mandi..
    Kalau diizinkan umur ku panjang
    Pasti kita bertemu Lagi.. Disini..

    Sorong papan Tarik papan.
    Buah keranji dalam perahu...
    Dua tahun rasa tersimpan..
    Datang untuk melepas rindu....

    Apa khabar Boss...
    Saya Ada jer dimana-mana..
    Dimana Bumi dipijak..disitu langit dijunjung...

    Maaf sebab tak menunaikan janji untuk kem Ali masuk gelanggang selepas bercuti panjang...Sekembalinya saya cenderung mendekatkan diri dengan alam..

    ReplyDelete
  14. alaikumusalam.

    kalau inilah sahaja caranya utk kita berhubung, saya terima sahajalah.

    saya ada mendedikasikan sebuah entri untu mamamin suatu masa dulu di blog ini. kalau rajin, carilah !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !