Tuesday, October 4, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU 41: KELIP-KELIP KU SANGKA API.

http://klimg.com/kapanlagi.com/g/siti_nurhaliza_dan_datuk_k/p/siti_nurhaliza_dan_datuk_k-20060830-009-rita.jpg

kelip-kelip ku sangka api,
kalau api mana kayunya;
merelip-relip ku sangka siti,
kalau siti, mana datuk K nya ?


12 comments:

  1. Kelip-kelip ku sangka api,
    Kalau api mana kayunya,
    Memang dah tentu bukan Siti,
    Kalau tak ada Datuk K bersama.

    Hehe..

    ReplyDelete
  2. saya suka gmbar siti tu.. cantik...

    ReplyDelete
  3. Kelip-kelip di atas tembok
    tidak terkena asap dan jelaga
    Dato' K sibuk Siti pun sibuk
    sesekali terpaksa berjauhan juga

    :)

    ReplyDelete
  4. As-Salam Tuan

    Kelip-Kelip Ku sangka Api
    Kalau Api Mana Kayu Nya
    Sungguh Ralit Melihat Siti
    Terlepas Pandang Datuk K Disebelahnya

    ReplyDelete
  5. Kelip-kelip ku sangka api,
    Kalau api mana kayunya;
    Biarpun merelip-relip itu siti,
    Takkan mengugat kesetiaanku padaNYA

    Agaknya siapalah "NYA" tu ya bang haji? :)

    ReplyDelete
  6. kelip-kelip ku sangka api,
    kalau api mana kayunya;
    apa hal ingatkan Siti,
    kalau dah tahu diri tu gagak rimba!

    ReplyDelete
  7. dinas aldi

    kelip-kelip ku sangka api,
    kalau api mana kayunya,
    alangkah bahagia bersuami isteri,
    kemana pergi ada bersama.

    ReplyDelete
  8. normaliza mah

    gambar datuk k tak suka ke ?

    ReplyDelete
  9. kakcik

    kelip-kelip di atas tembok
    tidak terkena asap dan jelaga
    masing-masing semua sibuk
    bila bersama rasa bahagia.

    ReplyDelete
  10. eye_nee

    kelip-kelip ku sangka api,
    kalau api mana kayunya,
    biarlah ralit melihat siti,
    jangan ralit dengan Datuk K nya.

    ReplyDelete
  11. ust abd razak

    kelip-kelip ku sangka api,
    kalau api mana kayunya,
    melihat siti terdetik di hati
    maha suci pencipta dia.

    ReplyDelete
  12. insan marhaen

    kelip-kelip ku sangka api
    kalau api mana kayunya
    bukan hamba memuja siti
    sedar diri orang tak punya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !