Wednesday, October 19, 2011

PANTUN SAJA-SAJA 20 - MUAFAKAT DAN ADAT.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqNb2B8VzYYDkJ3gFajAwgPbFE_v8l_mC49ykkK0hEsRb3b51btQOfM5p__rOTsWUu-i2hi0VyG98LNoXo4SreaBzSgCf5m-UzRQ1fx6tsy5AN47smVTbvvDG0iCY6RR4GGJPor29STPkj/s1600/ist2_870404_gossip.jpg

berjalan lalu di bawah terap,
mudek ke hulu di air pasang;
muafakat lalu di dalam gelap,
adat lalu di tengah terang. 


6 comments:

  1. Berpusing-pusing di Taman Sepakat
    bawa koleh dari Seberang
    ada yang runsing dengan muafakat
    kalau boleh nak bolot seorang

    :)

    ReplyDelete
  2. Berjalan lalu di bawah terap,
    Mudek ke hulu di air pasang;
    Biarpun terang ataupun gelap,
    Asalkan keduanya tulus dan terang.

    ReplyDelete
  3. terus berpantun....
    setiap pantun dijadikan tauladan.

    ReplyDelete
  4. kakcik

    bawa koleh dari beberang,
    diisi kobis bersama sawit;
    kalau boleh kat awak seorang'
    kalau tak habis sedekahlah sikit.

    ReplyDelete
  5. ust abd razak

    berjalan lalu di bawah terap,
    mudek ke hulu di air pasang;
    di dalam terang ataupun gelap,
    kuatkan iman jangan bergoyang.

    ReplyDelete
  6. normaliza mah

    terima kasih menjenguk dari luar gelanggang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !