Thursday, September 22, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU 40: INTAI PADI.

http://baltyra.com/wp-content/uploads/2009/11/tempayan.JPG

Intai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Bantai capati tak agak-agak
Sibuk badan macam tempayan.

.

14 comments:

  1. Intai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Bantai capati di kedai mamak
    Macam orang sebulan tak makan

    Esok jangan layu-layuan
    Kalau hendak layu layulah juga
    Macam orang sebulan tak makan
    Sampai tersedak diteruskan juga

    Kalau hendak layu layulah juga
    Keratlah segera hujung tangkainya
    Sampai tersedak diteruskan juga
    Tengah berselera nak buat macamana...

    ReplyDelete
  2. menampi padi memakai sandal,
    hampa berterbangan sejauh Maran;
    selagi sehat capati dibedal,
    sebelum ubat mengambil giliran.

    tiup dalam English ialah blow,
    bahasa rojak menodai entri;
    bila sebut tempayan please slow-slow,
    bagai tertombak diriku sendiri...

    *pantun orang ting tong!

    heh3...

    ReplyDelete
  3. intai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    capati tosei idli aku masak
    menu raya tetamu dilayan

    ( ni citer betoi ni...rasa mcm deepavali pulak !!)

    intai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    intai gaji dah masuk bank
    esok boleh joli sakan !!!

    ( rupanya hari ni gaji masukk)

    ReplyDelete
  4. Menjala ikan di Sungai Kemayan
    Senduduk tumbuh di tepi paya
    Badan mengembang macam tempayan
    Kemaruk makan di musim raya


    ok,pantun x cantik..
    tu pun dah puas mikir nak bg sama
    bunyi mcm yg Uncle ajar aritu..huhuhu
    Susah bonar... :(

    ReplyDelete
  5. Intai padi antara masak,
    Esok jangan layu-layuan;
    Makan capati separa masak,
    Esok kempunan perut tak keruan.

    ReplyDelete
  6. Intai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Lapar tidak selera naik mencanak
    Patutlah badan jadi tempayan

    ReplyDelete
  7. mak aii.. dlam sungguh ayat ni.. memang kena atas batang hidung r..

    ReplyDelete
  8. kakcik

    pergi seberang mencari ragi
    dapat sebiji dibelah enam
    jemputan orang harus dirai
    lepas ini boleh bersenam.

    ReplyDelete
  9. queenie

    balik senja jalan berlenggang
    menjunjung raga lampu pelita
    bukan hamba mengata orang
    kalau terasa maaf dipinta.

    ReplyDelete
  10. ikan emas

    hari ini hari Selasa
    pergi kedai membeli tapai
    kita ini satu Malaysia
    kenalah pandai masak berbagai.

    ReplyDelete
  11. cik shinju

    kalau ke pekan beli papaya
    beli sebiji letak di pinggan
    kemaruk makan di musim raya
    puasanya sehari raya sebulan.

    ReplyDelete
  12. nuar haruha

    kalau meraut si pohon rotan
    buat sedia tempat beradu
    kalau perut tidak keruan
    minum halia bersama madu.

    ReplyDelete
  13. ust abd razak

    burung kenyalang hinggap di dahan
    burung hantu lari ke hutan
    perut kenyang masih nak makan
    nyatalah itu angkara syaitan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !