Friday, September 16, 2011

PANTUN SAJA-SAJA 18 - LAIN PADANG LAIN BELALANG.



Ikat kain pergi berjalan
Jangan lupa ke rumah moyang
Tempat lain mati tak makan
Tempat kita terlebih kenyang.

Usah bermain di waktu petang
Bimbang di timpa si pokok leban
Tempat lain mati berperang
Tempat kita mati di jalan.





14 comments:

  1. Sebenarnya dah lamasay atak berpantun..... hmmmm jadi silent reader krn tak dpt nk reka pantun... sibuk praktikel dan pementasan teater yg nakal diadakan pertengahan bulan depan.

    ReplyDelete
  2. salam..

    daun pandan dipetik teruna
    si dara pula memetik bunga
    untuk dibuat sibunga rampai
    syukurlah kita apa yang ada
    makan mewah tidur pun lena
    janganlah sampai semuanya tergadai

    ...malam ni sy publish entri fasal pantun jugak...

    ReplyDelete
  3. normaliza mah

    susunlah jadual ikut keutamaan. semoga tugasan awak dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  4. ikan emas

    salam kembali

    daun pandan dipetik teruna
    si dara pula memetik bunga
    untuk dibuat sibunga rampai
    siapa tak syukur kepada Dia
    dalam negara aman sejahtera
    mungkin umurnya dah nak sampai !

    ReplyDelete
  5. kakcik seroja tenang bertasbih,
    sepertiga malam damai fikiran;
    bukan saja kenyang terlebih,
    dosa pun tak kurang akibat pembaziran.

    kalau ke Kedah singgahlah Changlun,
    jangan lupa bekalan kebab;
    ajal tak mengira tempat dan calun,
    cuma berbeza cara penyebab.

    ReplyDelete
  6. queenie

    kakcik seroja tenang bertasbih
    sepertiga malam damai fikiran
    akibat makan sering berlebih
    sampaikan malas hendak berjalan.

    ReplyDelete
  7. Queenie dan AL leka berpantun
    di tepi jalan Kampung Selada
    cadangan pelbagai telah dilantun
    penyelesaian berkesan tetap tiada

    di tepi jalan Kampung Selada
    bertemu Pak Yahya suami Mak Liza
    penyelesaian berkesan tetap tiada
    kerana ego manusia di tahap berbeza

    ReplyDelete
  8. kakcik

    di tepi jalan Kampung Selada
    bertemu Pak Yahya suami Mak Liza
    penyelesaian berkesan tetap tiada
    masing-masing rasa tak kena kat dia !

    ReplyDelete
  9. Makanan memang jadi topik utama di malaysia, kalau di benua amerika pembuka bicara "how are u or how have u been", di eropah "how's the weather" di malaysia "dah makan ke lum, sihat". Dah sebati dalam budaya. Cerita pasal makan ni teringat pada yang tak bernasib baik di Somalia.


    Apabila ribut menderu datang,
    Hendaklah jaga tali kemudi;
    Apabila perut terlalu kenyang,
    Banyaklah kerja tidak menjadi.

    Andainya laut sudah tenang,
    Cepat-cepat memasang layar;
    Andainya perut sudah kenyang,
    Ingat-ingat orang yang lapar.

    ReplyDelete
  10. nuarharuha

    Apabila ribut menderu datang,
    Hendaklah jaga tali kemudi;
    Berhenti makan sebelum kenyang,
    Itulah nasihat diberi Nabi.

    ReplyDelete
  11. Ini tentunya bukan pantun (dengan maaf). Seloka pun bukan. Mungkin 'puisi penonjol maksud'.....

    Puasa sebulan, raya pun sebulan
    Kanopi ditegak beribu tiang
    Tempat lain mati tak makan
    Tempat kita terlebih kenyang.

    Enjin ditukar berbunyi garang
    memecut laju kilat dikalahkan
    Tempat lain mati berperang
    Tempat kita mati di jalan.

    ReplyDelete
  12. abang temuk

    terima kasih kerana membawa pembaharuan. selalunya orang pinjam pembayang dan tukar maksud. kali ini ada kelainan, abang pinjam maksud dan tukar pembayang. tak pernah terfikir dek saya sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. Ikat kain pergi berjalan
    Rumah moyang dilupa jangan
    Jika ada duit berlebihan
    Sedekahkan kepada yang memerlukan

    Usah bermain di waktu petang
    Bimbang di timpa si pokok leban
    Jika mereka di sana mati berperang
    Kita di sini tolong doakan

    ReplyDelete
  14. Ust Abd Razak

    Rumah moyang dilupa jangan
    Usah menyapu di hari senja
    Saya tiada duit berlebihan
    Cuma mampu memanjatkan doa.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !