Monday, December 21, 2009

PEMBAYANG DULU-DULU - 7

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
belajar tidaklah setinggi mana
angan nak jadi Perdana Menteri

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
gaji tidaklah sebanyak mana
angan nak pakai kereta ferari

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
alim tidaklah setakat mana
kalau ceramah ngalahkan kadi !

11 comments:

  1. dari mana hendak ke mana
    tinggi rumput dari padi
    belajar tak tinggi mana
    tapi lagak macam menteri

    ReplyDelete
  2. Dari mana hendak ke mana
    Tinggilah rumput si dari padi
    My friend u jgn peduli org nak kata apa,
    Yg penting janji hati HAPPY!

    hehe..

    ReplyDelete
  3. mamai
    pantun awak makin kaw sekarang !

    finaz
    betul, buat apa menyusahkan kepala kan !

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Dari mana hendak kemana
    Tinggi rumput dari padi,
    Kalau angan2 saja memang tak kemana,
    Tapi kalau usaha lebih sikit mesti menjadi.

    ReplyDelete
  5. Dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    walau diriku tak sepandai mana
    janganlah cuba dijual beli

    (AL.. ni pantun saja tau... tak ada kena mengena dengan yang di sana mahupun di sini...) :)

    ReplyDelete
  6. Dari mana hendak kemana
    Tinggi rumput dari padi
    Duit sedikit pakai perdana
    Duit banyak beli ferarri

    .....betulke aku berpantun niii......

    ReplyDelete
  7. dari mana hendak ke mana
    tinggi rumput dari padi
    yg ko confuse nak pa ke mana
    sini rindu bagai nak mati...!!!

    ReplyDelete
  8. Asma
    Dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    memang benar bagai di kata
    tak boleh hendak didakdwa dakwi

    ReplyDelete
  9. Kakcikseroja
    Dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    memang adat budaya kita
    orang bijak merendah diri

    ReplyDelete
  10. abu muaz
    Dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    duit banyak pakai perdana
    duit sikit berjalan kaki

    ReplyDelete
  11. ikan emas
    Dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    ada orang rindu kat kita
    badan yang tua segar kembali

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !