Monday, December 14, 2009

PEMBAYANG DULU-DULU - 6

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
suara tidaklah sesedap mana
bila menyanyi, ngalahkan Awi.

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
rupa tidaklah sehensem mana
bila bergambar, ngalahkan Mawi.

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
rambut tidaklah sebanyak mana
kalau berdandan, ngalahkah Siti.


Oscar Red Carpet 1

13 comments:

  1. dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    bahasa tidak seindah mana
    bila berpuisi kalah al lavendari

    :)

    ReplyDelete
  2. kakcikseroja
    saya keliru ... siapa yang kalah ni?

    ReplyDelete
  3. hahaha.. cuba teka.. siapa yang kalah???

    kalau ikut pantun2 AL kat atas tu... semuanya adalah orang hebat (Awie, Mawi, Siti)...org yg dibayangkan sebenarnya tak hebat kan?? tapi perasan hebat.. mcm tu juga dengan kakcik.. perasan je hebat.. sebenarnya AL lagi hebat! :)

    sepatutnya : bila berpuisi KALAH al lavendari tu jadi begini : bila berpuisi MENGALAHKAN al lavendari .. :)

    ReplyDelete
  4. dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    hari tuh lama ngilang awak gi mana?
    saje jer wat owang TERcari-cari..
    huhuu...

    ReplyDelete
  5. kakcikseroja
    maaf bebanyak sbb kakcik terpaksa beri penjelasan panjang lebar lak !

    ReplyDelete
  6. finaz

    dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    saya tak pergi ke mana-mana
    duduk berpusing dalam negeri.

    ReplyDelete
  7. dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    nak komen kat sini ta susah mana
    copy paste pun sudah menjadi!

    hehehehehe =p

    (lama ta singgah kat sini!)

    ReplyDelete
  8. akuduniaku
    boleh copy tapi jgn salah paste ! ye mmg lama awak x singgah, pi mana ?

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan sdr al-lavendari

    Dari mana hendak kemana
    Tinggilah rumput si dari padi
    Hebat rambut, rupa dan suara
    Siapa pemilik kesemua ini?

    ReplyDelete
  10. Temuk

    Dari mana hendak kemana
    Tinggilah rumput si dari padi
    Itu semua Dia yang punya
    Diberi pinjam di dunia ini.

    ReplyDelete
  11. salam...maaf sy x reti berpantun plak. maklumlah guru bahasa inggeris. ok, ini jawapan bagi soalan abg lavendari:

    Ya, selepas diinstall benda2 tu, notebook sy akan boleh berfungsi spt yang diharapkan. tul tu..skrg remaja lebih advanced dlm hal ICT ni. tapi x salah kalau kita selalu bertanya dgn mereka.

    ReplyDelete
  12. juk
    untung cikgu boleh menguasai BI. orang kata kunci utk masuk gedung ilmu. Saya BI tulisan lemah betul, tapi comprehension (betuk ke ejaan tu) boleh lah sikit2 !

    ReplyDelete
  13. bz tahap gaban skang neyh hahahaha

    blog pon lama ta update! kotmitmen sana sini! hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !