Friday, October 28, 2016

PANTUN JENAKA # 2: HARAP-HARAP ADA MAKANAN.



Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan;
Singgah sebentar tumpang berteduh,
Manalah tahu ada makanan.



4 comments:

  1. Jangan dihina wajah yang hodoh
    semuanya itu kurniaan Tuhan
    silalah tuan tumpang berteduh
    malangnya tiada makanan dapat disajikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi-tinggi si matahari,
      Anak kerbau mati tertambat;
      Makanan boleh bawa sendiri,
      Asal datang ku tidak disekat.

      Delete
  2. Mati seekor tinggal sembilan
    Seekor lagi dihurung semut
    Manalah tau ada makanan
    Bolehlah hamba mengalas perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seekor lagi dihurung semut,
      Anak kerbau mati bersama;
      Bukan setakat mengalas perut,
      Boleh tapau untuk keluarga.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !