Friday, May 13, 2016

ORANG KITA # 1.




Sesetengah orang kita (bukan semua)

Sembang kemain kencang,
angan-angan nak terbang,
bertekak nak menang,
berjemaah paling belakang.

Makan nak kenyang,
mengeteh tiap petang,
membaca paling kurang,
kerja selalu tuang,
gaji tak nak kurang,
hidup nak senang.

gerai sewa kat pendatang,
baja subsidi letak kat tiang,
beratur tak nak panjang,
bersedekah jarang-jarang,
tahajjud kadang-kadang,
rezeki nak lapang.

beli gemar berhutang,
cukai biar kurang,
kerajaan salah memanjang,
pemimpin dianggap bangang,
diri sendiri tak pernah timbang.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !