Monday, November 9, 2015

PANTUN SAJA-SAJA 67 - NAK MAKAN KE TIDUR ?




Bentang tikar sehari suntuk,
Lepas menyapu makan baulu;
Perut lapar mata mengantuk,
Mana satu nak layan dulu ?

Kueh baulu banyak di dapur,
Simpan sepeti bekal ke kebun;
Makanlah dulu sebelum tidur,
Bimbang nanti tak bangun-bangun.


 

1 comment:

  1. Perut kenyang mata mengantuk,
    Mimpi datang tidurnya lena,
    Tapi tekak gatal terbatuk-batuk,
    Pusing sana sini semua tak kena...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !