Wednesday, October 9, 2013

MASA DULU-DULU !

Kau tahu tak masa dulu-dulu ?
Aku yang menyuap mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama dituju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau mahu
Hibanya hati hanya Tuhan yang tahu.

Kau ingat tak masa dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak masa dulu-dulu ?
Kau sering terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Hajat mu terbang merentas lautan teduh
Mencari pelangi untuk direngkuh
Terbanglah kemana saja semau mu
Kejarlah dan dakaplah pelangi itu.

Aku?
Aku akan tetap di sini
Menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia
Kerana aku pasti
Kau akan kembali
Kerana pelangi itu ada di sini.

Dan seandainya kau terluka
Datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti tetap akan merawat mu
Seperti masa dulu-dulu.




Nota Kaki:  Pernah tersiar di laman KomenSen dan diterbitkan semula di sini dengan sedikit ubahsuai.

.

8 comments:

  1. Secara jujurnya..

    Saya membaca dengan penuh rasa keinsafan.
    Kerana saya masih punyai seorang Ibu/bapa
    Juga naluri saya seorang Ibu .

    Syukur kepada Allah..
    kerana diberikan secebis rasa kasih dan sayang
    dalam hati ini utk menyayangi Ibu selayaknya .

    sajak tuan memang besh !

    ReplyDelete
  2. oranglidi
    betapa berat mata memandang, berat lagi bahu orang yang memikul.

    ReplyDelete
  3. linda
    awak ni tak habis2 nak puji saya. saya takut jadi macam belon yang orang jual kat funfare tu. terbang tinggi, tinggi lagi, tinggi lagi ... lama2 meletop !

    ReplyDelete
  4. Nilai tertinggi yang patut ada pada semua orang adalah kasih sayang.

    ReplyDelete
  5. wah pakcik!! beralih angin ni..
    x pandai makcik nak menjawab nya..

    ReplyDelete
  6. mamamnin
    masakan itik nak di ajar berenang !

    saya suka puisi, tapi tak berapa nak reti. tak macam Anaklaut seorng ni. tapi saya tak peduli. apa nak jadi, jadi. saya nak juga berpuisi. berpuisi cara saya sendiri. maka lahirlah pue.c orang x re.t @ puisi orang tak reti.

    ReplyDelete
  7. best best..

    saya join oldskool sekali.. ada nilai tinggi..orang lain geli hati, tapi kita senang hati.. macam mana!! ok x?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !