Monday, March 25, 2013

PANTUN ENAM KERAT 4: SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA.

 

buah selasih haluan perahu,
untuk memikat bapak buaya,
memakan lembu di tengah sawah,
alangkah sedih rasa hati ku,
semakin dekat pilihanraya,
semakin bangsaku berpecah belah.

4 comments:

  1. ke Kuala Tahan mencari kelah
    kelah tiada tak juga kelisa
    hanya yang banyak siburung hantu
    bagaimana bangsa tak berpecah belah
    pemimpin berlumba menunjuk kuasa
    fitnah dan tohmah sepanjang waktu

    ReplyDelete
  2. kali pertama datang blog pakngah yg ni,
    tak pandai pulak saya berpantun. ...malu ah !

    ReplyDelete
  3. Salam kelat-kelat pinang.. :D

    Lusa tulat ke Bangkahulu,
    Pastikan sayat seruling berirama,
    Terasa berbatu melayang perahu;
    Kuasa dan pangkat ke tepi dahulu,
    Kebajikan rakyat paling utama,
    Bangsa bersatu itu yang mahu.

    ReplyDelete
  4. mmg dah dekat sgt dah ni !bahang dah terasa2

    ReplyDelete