Sunday, April 25, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 10


kalau ada sumur di ladang
boleh lah kita menumpang mandi
kalau rasa umur mu panjang
boleh lah gi merempit lagi !

Thursday, April 22, 2010

PANTUN ENAM KERAT 2.



Apa harap padi seberang
Entah berbuah entahkan tidak
Entah di makan pipit melayang
Apa di harap orang seberang
Entah beriman entah kan tidak
Entahkan dia suami orang !

 
Cinco Drinker

Sunday, April 18, 2010

PAGAR HISAP DADAH


pergi ke kelang membeli guni
singgah di kapar menghilang lelah
apalah malang negara ku ini
harapkan pagar, pagar hisap dadah !

singgah di kapar menghilang lelah
beli senangin simpan di raga
sudah di larang sudah di tegah
kenapa teringin menghisap juga ?
.

Wednesday, April 14, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 7



Dayung ke hilir sampai ke tanjung
Pukat jerut tangkap buaya
Bulat air kerana pembetung
Bulat perut kerana apa ?

Monday, April 12, 2010

AWAK 9

Bounce


Awak tau tak
hari ni kita sangat suka
tak sangka rupa-rupanya ada juga
sorang dua yang kisah kat kita
kita senyum-senyum
sampai tepi telinga
hingga makan tengahari pun boleh lupa
langsung tak rasa lapar dan dahaga.

lalalala ...

harap-harap kisah awak kat kita
biarlah sampai bila-bila
(maklumlah sekarang ni zaman mee segera)
kalau tidak sia-sialah kita
sampai tengah malam bersengkang mata
memerah keringat mencari idea ( ia ke ?)
untuk buat persembahan terbaik untuk semua
harap-harap awak terhiburlah hendaknya.
terima kasih banyak-banyak awak ya !


Saturday, April 10, 2010

AWAK 8



awak ...
kenapa berbicara begitu?
bukankah daerah ini awak yang meneroka dahulu?
kita hanya mengintai di balik pintu.

kalau ada yang patut pergi
kitalah yang gatal-gatal menyorong pipi
bukannya awak yang sudah berakar tunjang
tidak seperti kita hanya melukut di tepi gantang
datang kita tiada yang mengundang
pergi kita tiada yang akan memandang.

Friday, April 9, 2010

PANTUN SAJA-SAJA 3


Ke hujung tanjung mencari sumpit
Membasuh bantal di bawah titi
Hendak ku junjung tengkuk ku sakit
Hendak ku tinggal tak sampai hati.


* pantun ini menggambarkan rasa hati  pemilik blog ini !

Tuesday, April 6, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 5




Pisang Emas di bawa belayar,
Masa sebiji di atas peti;
Pisang Emas di bawa belayar,
Pisang Awak makanlah sendiri !!!

Saturday, April 3, 2010

PANTUN ENAM KERAT 1


kalau budak memakai tanjak
mencari burung di pekan Muar
dapat Serindit baru menetas
kalau hendak di kata bijak
bila terkurung duduk di luar
bila terhimpit duduk di atas !