Tuesday, April 6, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 5




Pisang Emas di bawa belayar,
Masa sebiji di atas peti;
Pisang Emas di bawa belayar,
Pisang Awak makanlah sendiri !!!

14 comments:

  1. ingatkan awak tidur tak nyenyak
    teringat sakan bawa ke mati
    pisang awak berbiji banyak
    hendak dimakan tak sampai hati

    teringat sakan bawa ke mati
    mati dirodok berkali-kali
    hendak dimakan tak sampai hati
    dibuat cekodok habis sekuali :)

    ReplyDelete
  2. Pisang Emas di bawa belayar
    Masa sebiji di atas peti
    Pisang Emas di bawa belayar
    Pisang Awak makan sendiri !!!

    Pisang Emas di bawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Pisak Awak memanglah enak
    dibuat goreng di petang hari.

    ReplyDelete
  3. kakcik

    pisang yang banyak biji tu, bukan ke pisang karuk ?

    ReplyDelete
  4. LiNda

    pergi membalak si pohon dedap
    bawa ke mari pisau belati
    untuk meraut di dalam hutan
    pisang awak di goreng sedap
    bersama kopi cap kapal api
    di tepi laut cina selatan !

    ReplyDelete
  5. Kanda AL..

    kat kampung kakcik, pisang yang banyak biji tu (biasanya dibuat cekodok) dipanggil pisang awak atau pisang moris.. :)

    ReplyDelete
  6. that pisang sure look sedap! Gambar pisang tuh memang u punya ker?

    Betul ker pisang awak banyak biji?
    Bawa je lah belayar ketengah lautan
    Tapi kalo betul pisang awak banyak biji
    Susah aaaaa camtu nak makan

    (hehehe... i was thinking of something else but I've changed my mind...cool rite):D

    ReplyDelete
  7. Owhhh Tuan .


    Benar bagai dikata
    makan bersama kopi cap kapal api
    di tepi lautan cina selatan
    Marilah sini bertandang ke Paka
    keropok lekor jua saya jamukan
    tanda sudi menerima kedatangan Tuan !

    ReplyDelete
  8. simpan di peti si pisang emas
    masak sebiji sape pun tak peduli
    siapalah saya si ikan emas
    makan hati sape pun tak peduli

    pisang emas bawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    hutang tuan ie dah bayar
    tak payahlah nak ungkit lagi..

    ReplyDelete
  9. kakcikseroja

    patutlah pisang awak tak kena bawa belayar .. sebab banyak biji. kalau makan pun kena sembur biji2 dia keluar sebab tak lalu nak telan.

    ReplyDelete
  10. Finaz

    pisang tu pakcik gugil punya. awak tukar fikiran .. bagus kerana "anak2 saya semuda 11 tahun suka membaca laman ini dan komen2 yang di berikan... jadi faham2 jer lah kan !"

    ReplyDelete
  11. LiNda

    arang johor kata saya
    orang kedah kata cek
    tak tahu bila nak sampai ke paka
    boleh ke saya ambil rain check ?

    ReplyDelete
  12. ikan emas

    kenapa sampai makan hati
    makan benda lain tak boleh ke ?
    kata doktor hati banyak kolesteral

    ReplyDelete
  13. hidup melukut di tepi gantang
    tidak dimahu oleh sesiapa
    ta pernah tahu siapa menatang
    tapi berasa hidup disapa~

    hurm~salah siapa?

    ReplyDelete
  14. akuduniaku

    hidup melukut di tepi gantang
    tidak dimahu oleh sesiapa
    kalau hidup ada yang tatang
    syukur lah pada yang maha esa.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !