Monday, May 23, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 13 : GADING DAN TANDUK.



dari serting pergi jelebu
bawa raga berisi kain
walau gading retak seribu
tak kan sama tanduk yang licin.

.

Tuesday, May 17, 2011

PANTUN SAJA-SAJA 12 - TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG.

http://4.bp.blogspot.com/_6gY3jxwCVRs/SpXplk_aWFI/AAAAAAAAAvI/DDucy9KG_qk/s400/sebat4.jpg

Bagan Datuh Kuala Sepetang
Singgah berniaga si orang darat
Tempat jatuh lagi di kenang
Inikan pula tempat kena sebat.



* ingatan penaja: kalau nak rasa, buatlah perangai ! 

.

.

Tuesday, May 10, 2011

KALAULAH ANGIN BERTIUP DARI SEGALA ARAH.

http://www.ppimi.org/puisi/wp-content/uploads/2010/12/kapal-layar1.jpg

kalaulah angin bertiup dari segenap arah
tentulah kapal jadi tak tentu arah
tidak tahu ke mana haluan hendak diarah
janganlah pula nakhoda hendak dimarah

kenapa benda yang mudah hendak dijadikan susah ?

.

Thursday, May 5, 2011

PANTUN ENAM KERAT 3.


gambar hiasan hasil carian Google.


Apa di harap padi seberang
Entah berbuah entahkan tidak
Entah di makan pipit melayang
Apa di harap orang seberang
Orang di sini pun ramai jugak
Walau tak tampan tapi penyayang.

.

Tuesday, May 3, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU 38 - NAK LEPAK


http://passionateaboutblogging.com/bm-new/files/2011/03/Jom-Lepak.png
iustrasi hasil carian Google


arak-arak kelapa puan
kalau tak puan kelapa bali
kami nak lepak kat rumah tuan
harap-harap tidak berkunci.