Thursday, June 24, 2010

SAMPAI DI SINI SAHAJA !




Saya rasa ini adalah entri saya yang terakhir di blog ini. Hasrat ini telah beberapa kali ingin saya laksanakan tetapi selalu tertangguh. Kali ini rasanya muktamad.

Bukan saya nak berhenti berpuisi. Ia menjadi minat dan santapan jiwa saya. Oleh itu saya akan teruskan di blog saya yang satu lagi itu iaitu KomenSen.

Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil tindakan yang cukup menyedihkan saya ini:

1. Sambutan terhadap blog ini suam-suam kuku sahaja berbanding blog KomenSen.

2. Pengunjungnya adalah orang yang sama yang berkunjung ke blog Komensen.

3. Untuk memberikan puisi saya audien yang lebih ramai lagi di blog KomenSen.

4. Saya keletihan menguruskan dua blog.

Akhir kata terimalah dua rangkap pantun dari saya.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada yang datang bertandang
Sudikanlah klik blog saya yang ini.

p/s: Dalam pada itu, kalau berminat mahu menyorot puisi-puisi saya yang lama di sini, persilakan. Kalau berhajat untuk memberi komen atau membalas pantun-pantun yang ada, sudikan. Melalui "comment moderation" saya akan cuba cari dan membalasnya. Saya TIDAK bercadang untuk memadamkan blog ini KERANA terdapat sebanyak 84 karya agung picisan saya bersemadi di sini. Tetapi kalau blogspot nak tutup, apa boleh buat ! Minta-minta tu janganlah.



Sunday, June 6, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 11


sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dapat menantu anak jutawan
bahasa kurang buat tak tahu.