Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA.

mungkin mata tak pernah berpandangan
tangan tidak pernah bersalaman
bicara tidak pernah kedengaran
namun budi tetap kedapatan.

hati mungkin pernah terjentik
rasa mungkin pernah terusik
apa lagi nak di kata

.
.
.
.
.

syamsul dah kaya
zizie jadi datin
selamat hari raya
maaf zahir batin.


  ~  saya buat ucapan ini awal sikit kerana mengikut pengalaman tahun lepas, ramai yang akan tutup kedai awal untuk balik ke kampung ataupun berehat berblog sebentar untuk menumpukan kepada perusahaan membuat kuih bangkit atau menjahit langsir misalnya  ~


INI ENTRI MELEKAT SEHINGGA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENGISYTIHARKAN ANAK BULAN SYAWAL TELAH KELIHATAN. UNTUK ENTRI TERBARU, SILA SKROL KE BAWAH.

.

Thursday, August 18, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 16: SESAK.

http://www.ecologyasia.com/images-articles/Tasik_Chini_Daytime.jpg


tasik Chini di negeri Pahang
tangakp belida terus di masak
negara ku ini luas terbentang
kenapa ku rasa semakin sesak ?

.

Sunday, August 14, 2011

DI MANA KAN KU CARI GANTI ?

http://i1.peperonity.info/c/BEDF28/43807/ssc3/home/040/dunia-ku/albums/sad_man.jpg_320_320_0_9223372036854775000_0_1_0.jpg


macam ada yang tidak kena
macam ada yang tidak cukup.

di ruang yang luas ini ..  ku merasa sempit
di hari yang benderang ini .. ku merasa kelam
di tengah keramaian ini .. ku merasa sepi.


ku pandang kiri ku pandang kanan
dikau tiada
tetapi mata ini tidak pernah berhenti mencari
seolah-olah kau masih ada di sisi
hati ini masih tidak mahu mengerti
 kau pergi tak akan kembali.

di bulan Ramadhan ini ketiadaan mu amat terasa
semoga ibu damai di sana.



Tuesday, August 9, 2011

PANTUN SAJA-SAJA 15 - PUASA ?

http://3.bp.blogspot.com/_o5v2LGyHVjE/TG-wsdMU4gI/AAAAAAAABTg/fRMv83iie6Y/s1600/ponteng+puasa.jpg



masak kari ikan gelama
mari di makan di dalam hotel
hari hari dia puasa
peliknya badan semakin montel !


Monday, August 1, 2011

KASIHANILAH DAKU !

http://www.iluvislam.com/english/images/stories/tahajjud.jpg


Ya Allah ya Tuhan ku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini jahat
sembahyang ku lewat
tahajjud ku liat
namun kepada Mu aku ingin menyampaikan hajat
agar tidak mencampakkan aku ke lembah laknat.


Ya Allah yang Tuhan ku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini hina
infak ku berkira
membantu sambil lewa
ampunilah daku wahai Yang Maha Kuasa
agar rohku nanti ditempatkan bersama-sama dengan ahli syurga.


Ya Allah ya Tuhanku !
aku mengaku
sesungguhnya aku ini engkar
ke majlis ilmu selalu liar
ampunilah daku wahai Yang Maha Mendengar
kerana kini aku telah pun sedar
sesungguhnya tanpa hidayah mu pasti aku tidak akan berjumpa jalan keluar.

.