Thursday, March 31, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU - 35 : YANG KURIK KUNDI ..




yang kurik kundi
yang merah saga
yang sakit hati
yang merah mata.

.

Thursday, March 24, 2011

PANTUN PERITBAHASA - 11: KECIK JANGAN DI SANGKA ANAK.



betik jangan di sangka salak
ular jangan di sangka merak
kecik jangan di sangka anak
besar jangan di sangka bapak.

.

Tuesday, March 22, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 10: SEMAKIN TERINGAT.

http://farm3.static.flickr.com/2360/2403249501_a57876dcb8.jpg

Pergi menjala menitis keringat
Dapat Tapah penuh seguni
Semakin dilupa semakin teringat
Gerangan apakah penyakit ku ini ?


Thursday, March 17, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 9 : KAPAL TAK HANYUT.

http://www.thisfabtrek.com/journey/africa/mauritania/20050912-nouadhibou/nouadhibou-cap-blanche-stranded-ship-08-4.jpg



Pergi ke Pilah mencari umbut,
Jangan lupa membawa parang,
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.




.

Tuesday, March 15, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU - 34 : ASAL KAPAS JADI BENANG.



asal  kapas jadi benang
dari benang dibuat kain
pandai kipas boleh senang
peduli apa orang yang lain.

.

Saturday, March 12, 2011

MENUNGGU.


Mengata dulang, paku serpih
Menunggu orang, memanglah letih.

.

Tuesday, March 8, 2011

DIA YANG MACAM-MACAM.




dia yang belum tumbuh gigi
sudah teringin nak menggigit.

poh ! poh !

dia yang makan di tapak tangan
sudah teringin nak mencakar.

sho ! sho !

dia yang baru bertunas
sudah teringin nak melilit.

ha ! ha !

dia yang baru bertatih
sudah teringin nak memintas.

kah ! kah ! kah !


.

Sunday, March 6, 2011

BUKAN SUNYI EMPUNYA BLOG.



Sebelum ini saya ada buat entri bertajuk "SUNYI". Saya maksudkan di sini, blog saya yang sunyi bukan yang empunya blog. Lihatlah pengunjung pada 6 Mac hanya ada 1 orang sahaja. 

Yang empunya blog tidaklah sunyi sebenarnya bahkan agak sibuk di blog satu lagi.

Terima kasih kepada Ikan Emas, Kakcik, Bungacahaya, Dinas Aldi, Ustaz Abd Razak dan Insan Marhaen yang setia  berkunjung bagi menemani dan mengubati kesunyian Blog Puisi Orang Tak Reti ini.


.

Friday, March 4, 2011

SUNYI.


di dalam kesunyian ini .. telinga ku pekak,
di dalam kebisingan ini .. hati ku sepi,
di dalam kecerahan ini .. pandangan ku kelam.






Harap ambil maklum:    Gambar kat atas tu BUKAN gambar saya .. itu hasil carian Google!

Mak.

Wednesday, March 2, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU - 33: BAWA BERTAUBAT.

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Masa menebas mana lu pergi
Buah dah gugur baru mau rapat.

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Bila YB sudah selalu mari
Pilihanraya sudah mahu dekat.

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Kalau rasa dah dekat nak mati
Cepat-cepat bawa bertaubat.


* pantun rangkap ke tiga di tujukan kepada saya.

OH BULAN MANA BINTANG - 1 ?

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh ahlong jangan datang
duit aku tengah tak ada.

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh uban mana datang
sudah penuh atas kepala.

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh gigi mana hilang
tengok cermin tinggal dua.